Semalam 18 Jan 2010, aku sekali lagi du beri kepercayaan oleh rakan sekerja aku bagi melakonkan sitcom atau sketsa mengisahkan seorang suami yang membawa isterinya ke Hospital untuk membuat Medical Checkup. So, aku memegang watak Tuan Syed Kadir Al Atas dan watak sebagai isteri di pegang oleh Kak Rosada sebagai Syarifah Aini. Hihihi… Kelakar nama tu. So kira watak Tuan Syed ni orang berada gaklah dan isterinya lak kira orang yang gedik sikit. Hihihi… tu korang tak tengok. Aku yg pegang watak tu pun dah rasa cam kelakar jugaklah… Bolehlah….
Jom saksikan rentetan serba sedikit cerita yang dilakonkan aku…
Sewaktu diberi keterangan mengenai jenis ujian yang hendak dilakukan.
Sharifah Aini memilih jenis ujian…
Tuan Syed meminta untuk membuat ujian darah sahaja buat masa ini kerana kesuntukan masa…
Nurse memberi keterangan berkenaan ujian darah yang bakal dilakukan…
Tuan Syed memuji program Klinik Wakaf An-Nur naungan Hospital KPJ
Tuan Syed bercerita mengenai tabung derma…
Sharifah Aini bertanya tentang Program Senyum KPJ…
Tuan Syed menasihati isterinya supaya berhati-hati bila senyum ketika di luar kawasan…
Syed mengeluarkan kad kredit untuk menjelaskan bil rawatan dan ujian…
Tuan Syed menasihati isterinya agar tidak tergedik-gedik dan sambil bercerita tentang sahamnya yang telah memberi keuntungan…
Tuan Syed menerima bil yang telah dijelaskan…
Bersalaman dan mengucapkan terima kasih dan berpuas hati atas layanan pihak kakitangan hospital…
Tuan Syed Memperkatakan sesuatu kepada Sharifah AIni berkenaan peristiwa yang baru dilalui…
Aku kira berpuas hatilah kerana setelah berkali-kali buat latihan dalam lakonan ini, dan pada mulanya bermacam komen yang diberikan termasuk cerita terlalu mendatar, tiada unsur humor atau kelakar, dan sering tersasul maklumlah lakonan tanpa skrip dan bercakap sekadar apa yang keluar dari kepala saj, akhirnya setelah mengolah jalan cerita dan memasukkan unsur jenaka spontan dalam cerita itu. Aku dan rakan-rakan berjaya menjadikan lakonan tersebut sempurna dan aku juga mendengar bahawa Datin Paduka, selaku Managing Director serta Dato’ Datuk dari KPJ Healthcare Berhad yang turut menyaksikan persembahan lakonan kami, ketawa besar dan mereka berpuas hati dengan lakonan itu. Aku merasa lega… pergh…. seksa aku dah tamat… Memang berkarat kepala kalau nak buat orang ketawa kerana persembahan kita di pentas bukan ketawa atas kebodohan kita di pentas. Beza tu. Well… Aku dah berjaya bawa watak yang diberikan….
2 comments:
wah!!!!byk tol aktiviti abg ken....cm best je...huhuhuh
Macam kenal jer kot tuh! Miahahahaha...
Post a Comment