Thursday, January 13, 2011

First Post in 2011

Pergh... lama giler aku tak mengepos kat blog aku ni. Bila aku bukak blog aku ni... kalau blog ni satu benda object mau dah berlumut tak pun penuh sawang. Bukan aku tak nak pos something tapi memandangkan kesibukan aku memang tak menang tangan nak buat. Al maklumlah... tahun 2010 tahun yang penuh makna dan tahun yang boleh aku cakap tahun yang dapat aku full fill kan azam aku. Macam-macam yang telah aku kecapi pada tahun tu.

Antara kejayaan yang telah aku capai pada tahun 2010 adalah:

- Aku dinaikkan pangkat
- Kenaikkan gaji aku yang memberansangkan
- Blacklist nama aku kat bank dapat aku clearkan
- Jadi Pengurus Pasukan Bola Tampar yang berjaya
- Dapat beli rumah (dah pindah dah pun)
- Dapat tukar kereta
- Paling indah sekali jadi pengelola "SKUAD76" Reunion(dapat kumpulkan rakan sekolah lama)

Apa pendapat korang... kira berjaya tak aku? Bagi aku itu pencapaian yang begitu memberansangkan dalam hidup aku. Erm.. tak de idealah pulak aku nak pos banyak-banyak. Takpelah nanti ada cerita aku pos lagi.. Babai...

Monday, March 8, 2010

Edisi Penat…

Lately ni aku terasa badan aku ni penat sangat. Siang keje malam keje. Kena hari biasa tu oklah gak siang keje malam keje 5 jam dari 7 sampai 11 malam. Tapi kalau kena ari Jumaat ngan Sabtu memang gile, tambah kalau hari Jumaat. Biasa kalau hari Jumaat ngan Sabtu aku keje lebih kurang 8 jam dan kadang-kadang sampai cecah 12 jam. Mula tugas dari pukul 7 malam membawa ke pukul 4 pagi, dan ada kalanya sampai 6 pagi. Ikut luck. Tapi yang tak tahan hari Jumaat malam Sabtu. Keje sama je tapi balik dari tugas tu aku balik umah mandi terus gi keje Hospital lak. Buat masa ni alhamdulillah kesihatan aku mengizinikan.

Ramai gak yang cakap kat aku buat apa keje teruk-teruk, siang keje malam keje. Nak kaya cepatlah tu… Well cakap lah apa yang korang nak cakap. Aku tau kenapa aku buat camtu. Tak payahlah nak cakap. Aku tau korang semua sayangkan aku, tapi kerana minat, minat yang mendalam disamping aku nak tambah pendapatan sikit. Maklumlah, tengah tahun ni aku dah nak masuk rumah baru. Banyak benda yang perlu aku settlekan. Mau makan ribu gak. Sekarang aku mampu pekakkan telinga dengar orang cakap pasal aku itu ini. Aku tau apa yang aku buat. Isteri aku pun dah mula bising pasal aku keje tak henti-henti. Tapi alhamdulillah dia faham sikit tapi yelah isteri mana nak terngok suami dia tak rehat-rehatkan. Tak pelah.. lagi pun tak lama lagi dalam bulan ni jugak aku dah kena balik kampung pasal nak uruskan hal kahwin adik aku. Kalau aku tak pulun sekarang nanti lagi teruk. Dah lah nak cuti. Apa-apa pun Lu pikirlah sendiri….