Selepas perasmian kursus yang di buat oleh Pegawai Tadbir di Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Puan Nordiana, bermulalah edisi pengenalan bagi kaedah pertolongan cemas yang disampaikan oleh En sapa tah aku pun dah lupa nama dia. Memang kelakarlah fasilitator ni. Bukan sekadar lawak jenaka yang dibuat malah seorang anggota yang turut serta dalam kursus ni, Konst/Sp Soffian telah mendapat gelaran daripada beliau iaitu Tok Bomoh. Bukan apa, si Pian ni suka menyampuk cakap dan macam tau je buat itu ini. Tapi kira fasilitator ni sporting abislah pasal dia tak cepat melatah, tapi kira dia bengang jugaklah kot. Tu yang lekat nama Tok Bomoh kat si Pian ni. Ko Pian kalau tak dok diam bukan Pianlah namanya….
So Jom kira ikuti sorotan cerita yang terpapar dalam gambar yang aku attachedkan ni…
Konst/Sp Mohan, Gopal, Francis, Ashok, Kpl/Sp Ari sedang membelek kain anduh yang disediakan oleh pihak penganjur.
Para peserta kursus sedang membelek serta mengkaji kain anduk yang diberi samada boleh dijadikan kain kapan atau sebaliknya.
L/Kpl/Sp Mohan sedang berborak denga tengkorak kat yang ada sibelebahnya tanpa memikir perasaan fasilitator yang sedang memberi ceramah dihadapannya.
10.15 pagi – 10.30 pagi
Time nilah paling orang suka. Tea time dan fogging…merokoklah. Biasalah kena lak bilik sejuk tak ingat macam dalam peti ais, time ni lah kesempatan yang tak boleh dilepaskan. So meh kita tengok perangai masing-masing waktu tea time ni. Yes…. makan time….
Telatah peserta makan kuewtiaw goreng berlauk tapir dengan karipap inti kentang goreng ngan kuih lapisan ozon beserta air kopi free.
Konst/Sp Yusof Mathen (Orang Kuat) bersama fasilitator sedang berbincang macamana nak bagi orang bosan supaya cepat habis kursus ni. Muahahahahah
Masih lagi beratur pasal makanan stil tak habis-habis.
Konst/Sp Nizam bercerita tentang bagaimana dia ditampar oleh ipar isteri Puan Mahani punya driver.
Kpl/Sp Zaidi sedang makan dengan lahapnya pasal tahap laparnya dah cecah 9hp. To Bomoh Pian kengerian melihat kelahapan Kpl/Sp Zaidi…
Konst/Sp Yusof Mathen memberitahu bahawa beliau gagal membuat rakan-rakannya bosan supaya fasilitator boleh balik awal. Salah seorang fasilitator kepeningan kerana baru dimarahi isterinya kerana tidak boleh balik awal. Muahahahah :-D
Sesi bergambar. Gambar terpaksa diambil dua kali kerana Konst/Sp Anuar terkorek lubang hidung penulis (Aku le tu) sambil keasyikan korekan itu dirasai oleh Konst/Sp Yusof.
Konst/Sp Rosdi kehairanan melihat aksi Konst/Sp Yusof mempamerkan gigi palsunya. Tidak ketinggalan 2 anggota yang sedang asyik menikmati juadah tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya.
0 comments:
Post a Comment