Tuesday, January 26, 2010

Kursus CPR SP Daerah Sentul… (Bahagian 1)

Pada 23/01/2010 tepat jam 8.00, berkumpulah seluruh anggota SP (Sukarelawan Polis Diraja Malaysia) dari daerah Sentul Kuala Lumpur di Jabatan Kesihatan DBKL, Cheras. Seramai lebih kurang 44 orang anggota SP yang terdiri daripada balai Wangsa Maju, Setapak, Kepong, Sentul, Jinjang dan Setapak. Kursus yang julung kali diadakan ini adalah bagi memberi pengetahuan serta selok belok pertolongan cemas kerana dengan adanya kursus seperti ini dapat memberi peluang serta tindakan awal dari pihak polis dan Sukarelawan Polis khasnya kerana kebiasaannya pihak polis adalah orang pertama yang akan berada di lokasi cemas seperti kemalangan jalanraya dan nahas sebagaiinya.

Ceh… cam poyo je ayat aku kat atas ni. Macamlah nak buat majalah atau artikel. So camnilah, malas nak cerita panjang dan akupun dah banyak amik gambar so korang pepandailah surf sendiri lah….layan……….

8.00 pagi – 10.15 pagi

 P1230001

Konst/Sp Panjang, Konst/Sp Black, Konst/Sp Poh dan Kpl/Sp Tan yang baru sampai. Kul brape korang sampai ha? Orang dah start dah baru nak sampai…

P1230002

LKpl/Sp Maznah berlari menuju ke bilik kursus. Pun kira lambat jugak. Kursus diadakan di Klinik Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

P1230003

Menunggu lift yang tak turun-turun. Hai Rosdi, seronok semacam je. kata tension tak dapat balik kampung…

P1230004P1230005

Waktu pendaftaran. Siap dapat beg lagi. Tok bomoh menunggu giliran bagi mendaftarkan dirinya.

P1230006

Aku juga tak ketinggalan mendaftarkan diri, walaupun sibuk menjadi photographer tak bertauliah.

P1230007 P1230008

P1230009 P1230010

Peserta mengambil tempat di bilik kursus. Kena cepat. Siapa lambat kena dok belakang. Tak de meja.

P1230011

Puan Nordiana selaku Pegawai Takbir Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merasmikan kursus sehari CPR bagi Sukarelawan Polis Diraja Malaysia daerah Sentul

0 comments: