Tuesday, January 12, 2010

2010 bakal menceriakan

Tahun 2010, bagi aku tahun yang bakal memberi sinar baru dalam hidup aku. Pemulaan pembukaan hari untuk tahun 2010, aku lalui penuh dengan keceriaan. Antara pembukaan tahun keceriaan aku ini adalah aku bertemu dengan seseorang yang telah lama aku cari. Hampir 17 tahun lamanya aku mencari dan kini aku telah berjaya bertemu kembali. Hari ke 4 tahun 2010 aku dikejutkan dengan satu berita yang mampu membuat aku tersenyum lebar. Aku dinaikkan pangkat. Dan semestinya habuan atas kenaikkan tersebut turut aku rasa. Hahahaha… bukan berlagak tetapi aku bangga kerana aku berjaya naik ke satu tahap yang memang aku impikan. Dan seterusnya dalam tahun 2010 juga akan aku lalui dengan pelbagai pencapaian. Antara yang bakal aku miliki adalah sebuah rumah idaman yang tidaklah semewah mana tapi cukup sekadar untuk aku sekeluarga berteduh, dan tidak lagi menghabiskan duit untuk mambayar rumah yang bukan milik ku. Memang kepuasan sebenar jelas tergambar di muka ku.

Dan ada antara perkara-perkara yang telah aku rancang dan akan aku laksanakan pada tahun ini, 2010 bakal direalisasikan dan semua itu akan berlaku andai diizinkan Allah SWT. Tanpa rezekinya tak mungkin dapat aku laksanakan. Salah satu perancangan yang ingin dan akan aku lakukan adalah, sambung belajar. Sekiranya ada rezeki pada tahun ini aku akan menyambung pelajaran ku di peringkat  lebih tinggi dari sekarang. Aku bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah atau “Master”. Tapi itu semua akan berlaku sekiranya peruntukanku mencukupi. Seandainya tidak terpaksalah aku tunda sehingga mencukupi. Insyaallah.

Banyak lagi benda yang aku ingin lakukan pada tahun ini, tapi cukuplah ini saja yang aku dapat kongsi. Bak kata pepatah “Sedangkan rezeki yang dijamah boleh terkeluar, inikan pula peluang yang ada”. Aku tak boleh leka dengan hanya merancang dan aku perlu cuba untuk laksanakan dengan sebaik mungkin. Peluang yang ada aku perlu usahakan dan jangan terlepas lagi seperti yang pernah aku lakukan dahulu. Aku tak mahu menyesal buat kali ke 2. So 2010, u’ll be the best year on my life. Chances for Changes.

1 comments:

Cahaya Azrin said...

alhamdulillah.....semoga 2010 nie mmbawa seribu kanngan yg terindah dan tahun membawa tuah dlm hidup abg....cayalah klu nk smbung blaja....jumpew kt uni nnty...heeeeeee