Monday, December 7, 2009

Come Back

Assalamualaikum semua...

Dah lama betul aku tak update blog aku ni. Rasa kalau rumah ni dah bersawang dan reput segala-galanya. Nak buat camne aku terlalu sibuk dengan kerja harian dah sejak 2 menjak ni aku dapat masuk dan update balik blog ni pasal dah dapat balik connection internet aku. Tapi tulah, internet dah ada aku lak lupa nak update blog ni pasal sibuk melayan facebook. Hihihihi...

Aku lak sekarang ni tengak mengexplore os baru, Windows 7, memang orang cakap senang pakai tapi nak menggodek secara dalam camne nak mengconfigure semua driver, network ngan segala macam software lain bukan senang. Pasal kalau PC lama payah pasal bukan senang nak masuk. Erm... masih tahap explore lagi...

Satu lagi aku pun dok tengah senak kepala otak pasal anak aku sekarang pun tak berapa sihat sangat dan asyik kua masuk hospital. Yelah tengah nak membesar. Anak aku baru lepas menyambut hari ulang tahun kelahiran dia yg ke setahun. Elok lepas seminggu, dia mula tak sihat. Tapi bukan sakit teruk. Tekak dia dihinggap ulser je. Tapi budak maklum jelah. Makan tak leh, minum tak leh. Apa yang boleh? Menangis jelah. Aku ngan orang rumah aku dah jadi macam cerita Ahmad Albab dah. Dia pejam je senyap. Bukak mata je startlah menangis tak berhenti-henti. Yelah kalau orang tua tau lah cakap apa yang sakit ni bebudak yg belum boleh cakap lagi. Sakit pun kita tak tau. Yang aku tau air liur dia dok meleleh je. Maknanya dia tak leh telan air liur dia bermakna tekak dia sakitlah tu. Hantar je sepital, confirm admitted. Cucuk sana cucuk sini. Sian aku tengok. Well alhamdulillah 3 hari kat sepital. Kua je sepital, sehari lepas tu lain lak penyakit dia datang. Asal makan je dia muntah. Minum muntah. Pastu muntah dia lak tu macam air paip. Deras je kua. Dah naik kurus anak aku. Pening aku. Lemah je aku tengok dia. Aku bawa lagi gi jumpa doktor, and dr cakap diabagi tempoh dalam 2 hari andai still masih muntah lagi lepas makan ubat yg dia bagi nak tak nak kena admit lagi. Huhuhuhu... pening aku. Tapi alhamdulillah semalam dia dah mula makan ngan minum dengan baik tanpa muntah lagi. Dan aku tengok pun dia dah kuat dan dah mula aktif. Syukur kehadrat Allah SWT.

Oklah nanti aku sambung lek post segala xtvt aku kat sini. Ciow...

Monday, August 17, 2009

Rasullullah S.A.W. dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Saturday, August 15, 2009

Kisah Pergaduhan Antara Seorang Lelaki Dan Iblis

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya teruskan!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." larang si iblis laknatullah "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab lelaki itu.
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim

Friday, August 14, 2009

Berkat Bismillah

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Sifat Mulia

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wednesday, August 12, 2009

Kisah Sebilah Kapak

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, "Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?

Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.....

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ....

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau. Cubalah kita hitung brp byk harta kita yang ada dan apa yg telah kita gunakan dengan harta tersebut. Masya Allah...

Friday, July 24, 2009

Aktifkan diri anda

Fuh... Lama gile aku tak mengupdate blog aku ni. Bukan malas tapi kerana kesibukan tahap melampau aku terhadap kerja yang menjadikan aku susah nak mengadap pc. Nak buka internet jauh sekali. Kena lak baru baru ni aku di tugaskan ke Hospital Tawakal dan jugak bangunan HQ pasal satu daripada department kat tempat keja aku dah dipindahkan ke situ. Kenalah aku siapkan segala keperluan mereka. Kena siapkan network, PC, printer dan lain-lain bersangkutan ngan IT. Dekat 2 minggu juga aku kat sana. Sebelum tu aku sibuk ngan kursus yang aku kena lalui di antaranya kursus antivirus, kursus applikasi server dan sistem baru kat tempat kerja aku. Memang tak menang tangan aku dibuatnya.

Sekarang ni bukan bermakna aku dah kurang sibuk. Masih sibuk cuma nak aktifkan balik blog aku ni nak bukan saja dah hampir bersawang tapi hampir ditamatkan perkhidmatan agaknya, jadi kenalah aku post apa yang penting. Bila aku tengok blog-blog yang biasa aku buka terutama blog adik-adik aku, rasa macam aku dah ketinggalan jauh dari dunia internet. Kalau dulu semua benda aku tau. Sekarang rasa macam banyak yang tertinggal. Hihihihi... kena buat cam dulu balik.

Sekarang ni aku tengah sibuk sikit menguruskan hal pembelian rumah baru aku kat Selayang. Harap-harap berjayalah hendaknya. Aku pun dah lama sangat mengkayakan orang punya rumah. Kali ni aku rasa aku dah bersedia untuk memperolehi rumah sendiri walaupun kecik tapi biarlah ianya menjadi hak aku dan aku boleh buat apa saja. Nak mencantikkan rumah ke, perbaharui rumah ke akau nak hias apa saja pasal itu rumah aku sendiri. Sekarang tak boleh pasal itu rumah orang. Dan tak de hasilnya andai aku buat. So doakanlah usaha aku ni berjaya.

Oklah. Cukup rasanya sampai sini. Andai berkesempatan aku akan postkan gambar rumah yang sedang aku appy tu buat tatapan korang semua. Tapi jangan harap sangat pasal aku pun tak de gambar tu.Hihihihih.

Friday, June 12, 2009

Abah...

Sebut je nama ni, aku jadi sebak. Sebak gile pasal satu-satunya insan dalam hidup aku yang cukup sempurna. Dialah idola aku... dialah pembimbing aku... dialah sahabat aku dan dialah segala-galanya pada aku. Bagi aku insan yang bernama abah ni satu-satunya insan yang betul-betul sempurna pasal pernah aku bandingkan dengan orang lain, tak ada yang sesempurna abah. Nak kata abah ni garang, memang garang. Tapi dulu sekarang dia penyayang. Abah juga orang yang tak boleh tengok anak-anak susah. Pernah terjadi pada aku dulu. Hidup aku cukup susah. Memang cukup susah sampai aku sendri tak sanggup nak cerita kat sini. Macam pengemis pun ada. Semua harta yang aku ada lesap. Aku tak cerita pada abah maupun mak. Aku lalui sendiri. Malah aku jugak tak pernah cerita pada adik-beradik aku sendiri. Yang tahu cuma tunang aku. Sekarang dah jadi isteri aku. Pernah aku berlapar berhari-hari dan tak berduit. Nak makan pun langsung tak berduit. Cuma air sejuk yang mampu aku jamah. Dan banyak benda lagi yang tak perlu aku cerita disini. Masa tu aku tak bekerja pasal aku baru di tamatkan kontrak. Kena pulak motor aku dicuri. Aku tak de kenderaan untuk kemana-mana malah sesen pun tiada dalam poket. Pelbagai kenangan aku tempuhi tanpa seorang pun tahu kecuali tunang aku. Masa tu aku betul-betul teruji.

Entah macamana abah tau. Habis di lecture aku. Puas aku dimarahinya. Dia menangis melihat keadaan aku. Pertama kali aku melihat airmata seorang ayah betul-betul mengalir di depan aku. Abah tanya pada aku. "Izat ko dah tak de keluarga ke? Ko dah tak de orang tua dah ke? Kenapa ketepikan semua orang? Sampai ko hidup susah macam ni siapa pun tak tau." Aku bukan ketepikan keluarga maupun orang tua, tetapi aku malu kalau semua orang tahu. Malah masa tu aku ada masalah dengan adik-adik aku. Tapi sekarang tak lagi. Aku cakap kat abah aku tak nak susahkan abah ngan mak. Tapi abah tak leh terima alasan aku. Dia cakap lagi kenapa orang lain dia boleh tolong sedangkan anak sendiri dia tak boleh? Masa tu dia cukup marah kat aku. Yelah pernah mak cerita kat aku yang bapa sedara kitaorang susah dia ada tolong tapi aku anak dia sendiri tak nak minta tolong ngan dia. Tah. Aku tak leh cerita lagi rasa sebak sangat.

Itulah abah aku. Tak boleh tengok anak-anak susah. Meskipun kini dia dah pun pencen dan dah berstatus polis pencen, tapi dia masih kuat dan masih lagi nak bekerja. Aku hairan. Kalau dia tak kerja pun tiap-tiap bulan duit pencen lebih daripada cukup untuk sara diri dia ngan mak. Tapi tetap nak kerja. Itulah abah. Dia nak bekerja bukan kerana tekak dia ataupun selera dia besar, tapi apa yang aku dapat tahu dia kerja kerana nak bantu anak-anak dia. Dia tak nak dengar anak-anak dia susah. Andai ada anak-anak dia bermasalah atau nak pinjam duit, dia tak akan kata tak ada. Dan tak pernah kecewakan anak-anak. Itulah abah.

Dulu masa sekolah, aku cukup anti ngan abah. Aku anggap abah dah macam musuh aku. Pernah aku hampir setahun tak bertegur dengan abah. Abah kua umah je aku balik umah. Abah kat ruang tamu aku duduk kat bilik. Aku akan balik umah time abah tak de umah. Malam aku kua time dia gi masjid. Balik umah time dia dah tido. Memang aku tak leh semuka dengan dia. Semua gara-gara aku kena tinju ngan dia. Dia tinju aku pasal bukan salah dia. Salah aku jugak. Aku memang nakal dulu. Eh... nakal ke? Jahat. Memang aku jahat dulu. Ramai tahu aku jahat. Sampai mak ngan abah pernah malu nak tunjuk muka pada jiran kerana perangai aku dan benda yang dah aku buat. Semua salah aku. Tapi yang aku heran abah tetap sayangkan aku. Tak pernah duit belanja aku duit periksa aku dia abaikan. Cuma dia tak tunjuk rasa sayang dia kat aku. Akhir sekali baru aku sedar bahawa abah bukan musuh aku tetapi sahabat, kawan dan teman aku. Aku dah mula rapat, rapat gile ngan abah. Abah lah segala-galanya bagi aku. Ada kala aku cerita banyak benda kat abah daripada aku cerita kat mak. Bukan aku ketepikan mak tapi banyak cerita soal lelaki. Kalau aku cerita kat mak pun mak akan cakap kat aku mana mak tau tu soal lelaki.
Oklah. Post ni aku buat khas untuk berkongsi cerita pasal abah aku yang amat aku sayangi. Sebenarnya cerita ni sebahagian sahaja pasal banyak lagi cerita menarik antara aku ngan abah saja aku tak nak cerita pasal aku nak simpan pasal tu cerita paling manis aku ngan abah.
ABAH u are the BEST
IZAT sayang ABAH

Monday, May 18, 2009

Vendor Punya Cerita

Aduyai... Penat giler rasanya hari ni. Mana taknye. Sampai opis pepagi dah kena entertain 4 vendor. First... datang vendor yang nak pasang server blade, server baru nak kitaorang nak pasang kat Radiology (X-Ray). tak sampai setengah jam aku mengentertain diorang, datang lak vendor yang nak buat door access. Kena layan. Tengah hari lak datang lagi satu vendor yang menjual laptop aka repair monitor. Pun aku layan. Pastu petang datang lagi satu vendor nak pasang wireless, layan lagi. Bak kata aku ni dah jadi bahan rujukan lak. Penat siot. Huh... Nak buat camne. Dah kerja. Tapi yang aku heran tu, tak de sapa nak tolong aku. Nasib baik ada si Helmi. Ringan sikit aku.

Tapi tadi kena jugak sound ada satu vendor tu ngan aku. Jumpa je aku dah cam nak memarah pasal tu hari aku cabut je tepat kul 5.00 petang. Mana taknya. Ko tu vendor. Aku ni client. Janji datang kul 10.00 pagi. Datang kul 3.00 petang. Aku mana ngan busy nak layan lain-lain vendor. Yang aku tau kul 5.00 petang aku cau. Banyak kerja lain aku kena buat, kecuali ko cakap awal-awal baru aku tunggu. Ni tetau nak bising cakap, "En Izat, tuhari saya tak leh buat kerja pasal semua dah balik. Lain kali bagitaulah, tak de saya tunggu macam orang gila." Pergh... Menyirap aku. Aku sound balik. " Korang datang kul berapa? Janji kul brape? Saya banyak kerja lain daripada dok tunggu korang buat kerja. Ikutkan saya vendor ke awak vendor? Kenalah ikut time kita orang. Kalau saya tunggu pun what for. Company suruh buat kerja time office hour je. Sharp kul 5.00 saya tau saya cau." Tercengang dia. Penat aku cakap. Ni sekarang aku kat opis pasal nak monitor kerja-kerja vendor yang pasang server baru kat radiology. Ikutkan malas aku nak layan, tapi tak leh. Kenanya diorang bantai shutdown semua electrical, mampos aku nak jawab.

Jam dah kul 10.00 malam. Kerja diorang pun dah settle. Sekarang aku tau aku nak cau je. Malas dah nak tunggu. Penat. So apa-apa hal esok je aku sambung. Keje lebih pun bukan ada overtime. Harap oncall je. Huh... Papai...

Sunday, May 10, 2009

Terbaru dari Nikon

Nikon D5000

Ulasan tentang Nikon D5000,kamera baru keluaran Nikon (April 2009)
Beberapa bulan yang lepas,Olympus mengeluarkan E-620 dan Canon pula mengeluarkan 500D.Bulan ini,giliran Nikon pula untuk memperkenalkan kamera baru untuk bersaing dalam pasaran DSLR. Kedudukan D5000 agak pelik dalam susunan DSLR oleh Nikon dan Dpreview menyatakan D5000 tergolong dalam upper-entry-level DSLR (untuk lebih sesuai). Secara kasarnya,barisan DSLR Nikon berfungsi seperti ini : D60 - D5000 - D90

Apa yang baru?

- Skrin 2.7″ dan boleh berputar 450 darjah
- Live view
- Movie mode dalam bentuk HD (720p)
- Image sensor cleaning (macam D60)
- 11 titik autofokus
- Hot shoe untuk GPS
- Bracketing (untuk exposure)
- 13 megapiksel

Sekilas pandang,kamera ini ditujukan kepada pengguna P&S yang ingin berjinak-jinak dengan DSLR atau dengan erti kata lain, D90 versi stripped down. Dengan ekonomi pada waktu ini, para pengeluar kamera lebih berminat untuk mengeluarkan kamera dalam kategori entry level daripada mengeluarkan lensa-lensa baru yang berteknologi tinggi untuk meraih lebih banyak keuntungan.

Kenapa pengguna D60/D40 harus upgrade ke D5000?

- 1 titik autokus
- ISO dari 200-3200
- Live view + fungsi rakaman video
- Bracketing (kalau nak berjinak-jinak dengan HDR)

Kenapa pengguna D60/D40 tidak harus upgrade ke D5000?

- Tiada motor autofokus
- X boleh berfungsi sebagai komander untuk CLS (harus ada SB800 atau SB900)

Antara beberapa perkara yang menarik minat aku sebagai seorang pengguna D60 adalah kebolehan D5000 dalam ISO,11 titik autofokus yang sangat berguna jika mengambil gambar sukan,dan live view (senang nak ambil gambar orang dalam kuantiti yang banyak).


Ahad Yang Membosankan

Membosankan. Itulah ungkapan yang boleh aku katakan. Tak leh gi mana. Nak pergi jenjalan pun aku macam tak larat nak bawa badan. Letih gile. Isteri aku pun macam boring je dok umah. Biasa aku keluar kalau tak buat apa-apa. Tapi hari ni macam tak larat sangat nak kua. Layan laptop je. Apa nak buat pun aku tak tau.

Aku sempatlah ucapkan selamat hari ibu kat mak aku ngan mak mertua aku. Walaupun aku tau nak sambut hari ibu ni dah macam bukan orang islam punya sambutan tetapi apa salahnya aku cuma ucapkan pasal mengenangkan jasa mereka.

Thursday, May 7, 2009

Revolusi Eizhard Jr.

Eizhard Junior

Like father like son

Concentrate

I like this job

Comelkan. Nilah dia Azraei Nawfal, anak lelaki aku yang dah mula berjinak-jinak dengan dunia cyber. Hopefully biarlah dia genius dalam pelbagai bidang. Kecik lagi dah nak tunjuk bakat. Tapi entahlah. Sejak seminggu ni aku tengok dia bila aku mula on je laptop aku ni, dia mula macam tak duduk senang. Mula je aku mengadap laptop ni dia dah mula buat perangai. Pada mulanya dia menerap dengan berpusing sana sini, dan bila nampak aku mula on laptop dia dah mula diam. Muka dia concentrate tengok apa aku buat. Macam terpukau. Lama kelamaan aku perasan dan aku angkat dia dan letak kat laptop aku. Mulalah dia melakukan aksi seperti gambar di atas. Menarikkan.

Wednesday, May 6, 2009

Program Sekolah Anak Angkat

Aku ke Pusat Sukan DBKL di Titiwangsa pagi tadi. Cadangnya nak tempah gelanggang bola tampar yang telah dirancangkan setiap hari Rabu ngan Jumaat. Alih-alih banyak hari yang dah full book. Aku dapat book 4 hari je. Tu pun nak hujung bulan. Arghhh... tension aku. Mana taknya. Game lagi sebulan. Tak training apa pun. Salah aku ke? Ini pun aku rasa inisiatif aku untuk memajukan sukan bola tampar kat tempat kerja aku. Dah sampai hari ni tak de sapa nak booking court. Last-last aku jugak. Esok kalau kalah jangan nak salahkan aku. Pengurus ada... dia buat apa. kalau macam ni baik aku sendiri lantik diri aku jadi pengurus cum pemain cum jurulatih cum aku yang letih. Siot tul...

Abih je booking court aku terus balik. Tapi sebelum balik tu aku rasa macam gatal je nak pegi ke sekolah kot-kot ada gelanggang yang boleh aku tumpang main dan buat latihan. Aku gilah ke Sekolah Menengah dekat-dekat tempat kerja aku. Aku ada buat proposal untuk sekolah anak angkat bagi sukan bola tampar. Benda ni aku ada usulkan pada KSR dan presiden KSR setuju ngan cadangan aku. So nak jadi cerita aku jumpalah seorang cikgu sukan ssekolah tu dan aku usulkan cadangan aku itu. Memberansangkan, cikgu tu amat berminat dengan usul yang aku berikan dan dia dah buatkan appoinment untuk aku berjumpa dengan Guru Penyelia bahagian Kokurikulum. Kebetulan cikgu tu ke Sarawak. Esok baru balik. So aku kena jumpa cikgu tu hari Khamis ni dan kemungkinan aku akan dipertemukan dengan Pengetua sekolah. Wah... seriau aku bila usul aku hampir jadi kenyataan. Huhuhuhu...

Lepas je balik dari sekolah tu aku terus jumpa Jaafar pasal dia salah seorang daripada AJK Biro Sukan KSR. Aku bagitau dia. Dia seronok ngan apa yang aku buat dan aku terus ajak dia teman aku untuk jumpa ngan cikgu tu hari Khamis ni. So harap nanti usul aku tu pada sekolah dapat direalisasikan. Program aku ni aku nak jalankan seminggu 2 kali. So lepas ni harap tak de lagi orang kecoh pasal tak cukup latihan. Ha... amik kau. Tapi dalam benak hati aku... mampu ke aku laksanakan. Aku kena cari assistant camni. Lagi satu yang aku risau sangat tau apa? Aku takut tak de orang dari APSH nak join aku untuk program ni. Aku jelah yang kena handle sorang nanti. Penat siot....

So korang doalah supaya program aku ni berjalan lancar dan penyertaan dari APSH menggalakkan. Kalau tak, masak aku.

Tuesday, May 5, 2009

Happy Anniversary

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan aku yang ke-2. Rasa macam baru je aku kahwin. Well, aku ngan isteri aku amat bahagia sekarang. Di tambah lak ngan kehadiran insan baru dalam hidup kami, Azraei Nawfal. Menambahkan ceria lagi hidup kami. Aku jugak dah mempunyai anak perempuan, Norsyafiqa Syahira, 10 tahun. Kira anak ekspres bagi isteri aku. Dia anak anak dengan bekas isteri aku yang dulu.

So, 5hb Mei 2007, tarikh keramat aku. Tarikh aku diijabkabulkan dengan Ruzimah Bte Othman yang beza umur ngan aku 9 tahun. Dan hari ini genap 2 tahun perkahwinan kita orang. Dah doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat. Insyaallah.

Monday, May 4, 2009

Macam Macam Nak Buat...

2 benda yang membuat aku tension sekarang ni. Nak siapkan claim budak-budak Sentul dengan siapkan kerja aku kat opis. Benda yang memeningkan kepala aku. Bukan susah tapi menyusahkan. Bukan apa. Claim bebudak Sentul tu memang menyusahkan pasal sampai sekarang haram satu sen pun diorang tak bayar apa kat aku. Modal duit kertas, cartridge, ke hulu ke hilir ngan penat aku aku dulu kan. Mana taham beb. Bankrup aku. Tu pasal dah dekat sebulan aku tak hantar kat IPD. Diorang dok bising kat aku apsal tak hantar. Hek... pakai air liur bolehlah cakap. Buat sendirilah. Pasal kerja kat opis lak bukan menyusahkan tapi banyak benda yang melibatkan orang lain terpaksa aku fikirkan. Aku dah mula buat VLan. Tapi banyak benda yang aku kena lalui pasal melibatkan banyak orang. bukan senang nak arrange pasal bukan semua tempat boleh aku redah je. Dah tu aku kena deal ngan contractor pasal nak pasang server baru kat tempat kerja aku. Dah tu benda nak sampai tak lama lagi. Aku nyer VLan tak siap lagi. Mangkuk tul....

Apa aku nak buat sekarang? Erm... Ada satu benda lagi aku tak cerita. Ni pasal Volleyball (Bola Tampar). Aku ada buat proposal kat hospital aku ni nak adakan latihan dan tubuh kelab sukan bola tampar. Proposal tu dah aku anta. Cuma tunggu approval dari Presiden KSR. Kalau lulus, aku kena buat something yang aku rasa boleh memajukan sukan ni untuk hospital aku. Bukan apa. Setiap penyertaan yang kitarang masuk dalam sukan bola tampar ni, tak pernah menang. Masuk quarter final pun haram. Mana tak nya. Bila ada pertandingan je dua bulan sebelum pertandingan baru nak training. Orang lain semua training setiap minggu. Makan kutuklah... Nak buat camne. So aku amik inisiatif untuk majukan bola tampar ni bagi melatih pasukan suoaya jadi champion. Aku ni tak lah hebat sangat. Tapi setakat nak latih sampai boleh main tu oklah. So tengok jelah nanti.

Saturday, May 2, 2009

Afundi Masuk (AF)

Aku masih tak faham dengan mereka yang entah tau atau tidak mengundi untuk pelajar-paelajar Akademi Fantasia ni. Aku ni bukanlah fanatik sangat ngan dunia realiti tv ni, tapi tulah. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Memanglah semua tu di kira nasib kerana mereka bergantung kepada undian penonton 100%. Cuba bayangkan, minggu lepas je aku cukup angin pasal pelajar bernama Aril terkeluar dek gara-gara undian penonon yang boleh dikatakan tak reti menilai bakat seseorang. Aku amat bersetuju andai si Yazid terkeluar. Bukan pasal apa. Undian kepada pelajar yang betul-betul menghargai peluang dinafikan tapi gara-gara popular dan hanya buat acuh tak acuh setia menjadi penghuni Akademi.

Kali ni mangsa terbaru pelajar bernama Aisyah dan Claudia. 2 nama yang tersingkir. Namun atas keperihatinan Principal Tiara, mereka dalam awangan kerana menunggu keputusan yang dibuat oleh Principal Tiara untuk AFUNDI MASUK. Tapi aku hairan kenapa masa Aril tak dibuat undian itu. Aku bukanlah peminat Aril tapi sayangkan bakat dia tu. Tapi itulah permainan realiti tv. Kita sebagai penonton hanya mampu melihat segala sandiwara yang bermain disana. Tak salah mereka pasal semua telah ditetapkan.

Aku cukup bersetuju dengan keputusan yang memihak kepada Tomok sebagai juara dan sekali gus membawa pulang wang tunai 1 juta ringgit. Bukan kerana dia popular tapi kerana hasil nyanyian yang cukup memberansangkan berbanding 2 peserta dalam One In A Million, Aweera dan Easther. Mereka memang bagus tapi tak sebags Tomok. Walaupun Tomok memang dah menjadi artis tapi kita kena positif pasal pertandingan tu pertandingan menyanyi dan bukan akademi. Well apa-apa pun dua-dua tu masih dalam program realiti tv.

Walau macamana pun aku berharap agar undian masuk dalam Akademi Fantasia ni bakal merubah penonton daripada terus mengundi mereka yang terus sambil lewa terhadap bakat dan peluang yang diberikan.

Friday, May 1, 2009

Lagi lagi Ebook


Nama je cuti ari ni. Tapi satu hari aku dok membelek notebook ada sorang student ni. Pening jugak nak buat. Mana taknya. Dia minta tolong pasal notebook dia tak leh nak bukak windows. Aku dah check. Memang windows dia problem. Aku dah try repair windows dia tapi tak boleh. Senang cerita aku format je. Tapi dia minta tolong kat aku kalau boleh jangan format PC dia pasal banyak data. Aku cakap kat dia aku boleh backup semua data. At last bila aku check rupanya banyak software yang mengarut ada kat dalam tu. Software gitarlah, software cameralah dan macam-macam lagi. Ah... Mula tu naklah tolong je pasal setakat repair windows je tapi dah masuk bab kena backuplah, kena cari driverlah, kena itulah, inilah... ermmm... tak leh jadi aku kena charge. Tengoklah kalau siap nanti. Ni sekarang pun aku tengah sibuk download driver dia.

Aku dok jugaklah belek-belek benda kat dalam internet ni. Macam-macam program ada kat dalam tu. Almost semua cerita pasal jual ebook nak kaya. Ada yang dok jual RM20, RM50, RM75, RM100, RM298 dan yang sampai dekat RM1000 pun ada. Betul ke semua benda tu? Dulu aku dah pernah beli ebook-ebook macam ni. Last-last hampeh. Tiap kali aku dok tanya macam-macam pasal semua program kat dalam ebook tu tak jalan, haram nak reply. Bagi aku pada orang yang dok sibuk menjual ebook yang cuma nak duit orang tapi tak tau keberkesanannya tu, hentikanlah. Korang bagi anak bini makan, mak bapak duit, pastu dok senang ngan dok menipu, korang taulah nanti. Tapi kepada yang buat ebook yang ni memang ternyata keberkesanan, aku pujilah sikap tu. Yelah, jangan salah kan orang yang dok membeli tu. Bukan apa. Memang orang selalu cakap, kalau dah tau benda tu tak betul jangan gatal dok beli. Tapi dunia internet aau dunia jalur lebar ni tak leh cakap. Macam kita cakap pasal ayam. Dulu sibuk dok cerita pasal ayam yang tak sembelih. Kejap je orang dok takut nak beli tapi last-last beli jugak. Sama je macam kat sini.

Kita kena pandang orang. Ada orang yang susah nak cuba nasib untuk hidup senang. Ada yang dah senang dan nak terus hidup senang. Ada yangdah kaya dan nak tambah kekayaan. Jadi macam-macam jalan ada. Mereka yang susah tu sedaya upaya untuk cuba ubah nasib. Macam-macamlah diorang buat. Ada yang berjaya dan ada yang tak. Nak salahkan diorang ke kalau cuma bermodalkan RM50 (biasanyalah ebook yang dijual) berjaya mengubah nasib dia. Aku rasa biar dia buat macam tu pasal tu semua usaha. Tapi jangan sampai dok pinjam "ALONG" pasal nak kaya atau nak bayar hutang. Maut siot....

Korang renung-renungkanlah pasal dunia internet ni dunia tanpa batasan. Korang nak kaya ada jalan kat situ. Korang nak pandai, nak cari kenalan, nak bayar hutang, nak itu, nak ini semua ada. Cuma kita kena pandai pilih saluran je. Cubalah kita fikir bersama.

Updated

Hari ni entah macamana boleh tergerak hati aku nak tulis blog ni. Sebelum ni aku dah fedup tengok layout ngan template blog aku ni. Aku saja je browse kat internet kot-kot terjumpa pulaklah benda yang menarik untuk aku tukar wajah blog aku ni. Then aku dah terjumpa. So nilah wajah baru blog aku. Mungkin bagi korang nampak macam tak berapa menarik, tapi aku suka. Tak pelah. Saja nak tukar mood.

Macam hari-hari biasa, aku kerja siang kat Hospital dan aku lalui hari ini penuh ngan mesyuarat. Pagi-pagi lagi aku dah masuk meeting pasal sistem baru yang nak di implement kat tempat kerja aku. Baru je semalam aku gi training pasal server ngan pihak HP, hari ni aku dah diappoint oleh bos aku untuk menjadi project manager dalam project ni. Hai... macam-macam aku nak kena buat. Banyak kena report pasal progress dan macam-macam lagi. Tak pelah, boleh jadi pengalaman untuk aku. Habis je meeting tu, aku kena masuk meeting ngan vendor lak pasal sistem door access pulak. Erm... bedal jelah. Itu dia nak ini dia nak. Kena lah aku siapkan pasal nak jalankan cepat benda ni.

Esok cuti. So aku nak berehat sepuas-puasnya esok pasal dah lama aku tak cukup rehat. Bukan tak cukup rehat pasal asyik kerja je. Tapi penat mentelaah macam-macam manual ngan part time sampingan aku, repair PC. hihihi... part time ni jalan, tapi kerja Polis aku dah dekat sebulan aku tak pergi. Mana taknya. Lepas isteri aku kena operate pasal Apendik tu hari aku sibuk jaga anak belah malam. Lepas tu lak aku injured kat kaki kiri aku belas buku lali pasal bersukan tu hari. Lama jugaklah nak baik. Sebelum tu aku jugak sibuk menghafal skrip pasal aku di pilih oleh Hospital tempat kerja aku untuk menjadi pelakon dalam Customer Service Challenge... Nasib baik aku menang. Menang bagi kategori "Natural Presentation. Berbaloilah.

So aku rasa aku nak berehat dulu pasal dah terasa letih sangat. Lain-lain cerita aku ada banyak pasal lama aku tak update blog ni. Tak pelah nanti aku cerita andai aku teringat balik apa yang terlah berlaku.

Ciooouuuw.....

Wednesday, March 25, 2009

Permata Hati

Dua insan ni cukup membuat aku terhibur malah dikala aku dalam perasaan tak keruan atau tak tentu hala, mereka jadi penyejuk. Pandang saja muka mereka aku menjadi cukup kuat untuk menempuh segala apa yang aku lalui. Cukuplah aku nyatakan, mereka "PERMATA HATIKU".

.

Tuesday, March 24, 2009

Pening...pening

Pening... pening... tu yang mampu aku sebut dan aku lalui. Sistem kat opis aku dah jadi macam g*****g. Pening siot. Dari malam minggu tu hari dia buat pasal, membawak sampai hari ni. Aku dah lah tak diberi latihan formal untuk menangani masalah yang terjadi. So kena pepandai akulah camne nak aku solve kan. Bebulu siot. Usik tu tak jadi ... usik ni tak jadi. Rasa cam nak pecah kepala ni memikirkannya. Kalau aku tak fikirkan siapa nak pikir? Tak pelah nak buat camne dah kerja aku. Aku kena hadapinya dengan tabah. Takpelah... aku sure tak lama lagi aku dapat solvekan masalah ngan sistem ni.

Lately aku terasa sangat badan aku terlalu letih dan terlalu sengal. Aku macam tak cukup rehat. Kat opis ngan kerja yang kena aku lalui. Kat luar aku kena buat part time aku tu. Kat umah barulah dapat rehat. Tapi mana masanya? Nak betul-beul rehat aku rasa aku kena bercuti lama. Cam tahun lepas dapat jugaklah aku rehat sambil makan angin ke Langkawi. Tahun ni aku bercadang nak ke Penang, tapi entahlah. Rasa cam tak de je. Nak-nak lak aku terima berita yang tak berapa menyenangkan hati aku dan benda yang membuat hati aku hancur dan punah. Serabut fikiran aku. Dan bertambah letih buatnya. Aku nak tenangkan fikiran aku tapi aku tak tahu camne caranya. Tapi aku harap sangat aku dapat menenangkan diri dan hati aku agar dapat aku menghilangkan keletihan yang aku hadapi sekarang ni. Letih ngan keadaan, letih ngan situasi, letih ngan apa yang berlaku dan lebih-lebih lagi aku letih nak tulis kat blog ni pasal aku pun tak tau apa yang aku nak tulis. Eh... apa yang aku merepek ni? Ah... sambung nantilah.

Monday, March 16, 2009

Interview dan Selamatkan Bumi kita

Aku tengah membelek website SPRM... hehehehe... biasalah nak cari info untuk interview aku esok. Aku dah buat persiapan sikit-sikit untuk jawab apa yang orang yg nak interview aku tu. Kali ni dah kali ke 3 aku menghadiri interview untuk kerja Kerajaan. Harap-harap dapatlah bukan apa rasanya masa depan tu cerah sikitlah bila dan kerja ngan jabatan kerajaan ni. Dulu aku hadir interview ngan Jabatan Pertahanan Awam tapi kantoi pasal baru timbang je dan dia suruh aku balik pasal BMI tak lepas. Lepas tu aku interview ngan Jabatan Imigresen. Yang heran tu boleh dikatakan semua soalan yang ditanya kat aku semua aku dapat jawab dan tetap aku tak dapat. Mungkin kriteria tertentu aku tak lepas. So esok aku interview ngan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Harap-harap sangkutlah. Kalau tak sangkut jugak namanya tak de rezekilah tu. Tapi tak pe. Aku masih ada kerja. Tapi harapan tinggi jugalah nak dapatkan kerja kerajaan ni. Banyak kelebihan yang diberikan. Terutama bab bila dah pencen nanti. Ini pendapat aku. Dan rasanya ramai yang tak setuju ngan aku pasal banyak lagi peluang kerja di sektor swasta yang lebih menjamin masa depan. Itu hak masing-masing. Aku anak bekas kakitangan kerajaan dan aku tau camne bapak aku lalui dan aku tengok dia selesa sekarang berbanding dengan orang yang pencen di sektor swasta. Masih tercari-cari kerja untuk sara hidup. Memanglah orang cakap beringat sebelum pencen, tapi kalau kat sektor awam kalau beringat cam bapak aku lagilah senang. Hihihihi...

Satu lagi aku nak kongsi sama, tak lama lagi ada kempen undilah Bumi. Kempen tutup lampu pada 28hb March ni. Aku nak sahut dan aku akan sokong sukarelawan WWF yang nakkan bumi kita ni sentiasa sihat. Jadi sama-samalah kita sokong. Bukan susah. Tutup lampu je. Cam tak biasa. Sejam je. Takkan tak boleh kot. Ada tu sanggup tutup lampu sepanjang malam terutama malam jumaat tu boleh...hihihi. Kita sokong ok. Tutup lampu je. Korang nak buka tv ke, kipas ke, aircond tak de masalah pasal kempen ni cuma tutup lampu je. So mehlah kita buat sesama erk. Cintailah bumi kita ni.

Tuesday, March 10, 2009

Apa Cer....

Tak de apa yang nak aku tulis dan aku rasakan kebelakangan ni tak de apa yang menyeronokkan untuk aku berkongsi cerita. Maklumlah bila dah lama tak update blog aku ni jadi malas dan tak de cerita yang menarik. Cuma aku masih bercuti sekarang ni pasal cuti aku yang masih berbaki aku kena habiskan pasal kalau tak nanti burn cuti aku. So Sempena Maulidur Rasul ni aku sambung cuti barang sehari untuk berehat. "Rehat"? Banyak le rehat. Dah dekat 2 hari aku tak tido ni pasal nak menyiapkan claim budak-budak Sentul. Aku cuba gak nak buat satu program untuk key in data claim budak SP ni tapi tak berjaya. Huh... dah lama tak buat programming ni mmg hampeh lah. Jangan harap aku nak ingat balik buat menatang tu. Last-last aku buat manual je. Dah malas nak sakit kepala. Ni pun tak siap lagi. Daripada aku pening terus baik aku layan anak aku main. Lagi best.

Saturday, February 14, 2009

Refresh

Hah...

Tersangatlah lama aku tak mengupdate blog aku ni. Memang lama giler dan bila aku bukak je blog aku ni, penuh ngan sawang yang aku rasakan macam rumah tinggal. Nasib baik blog... kalau umah dah berhantu dah. Well... aku akan berusaha untuk mengupdate selalu bolg aku ni. Sekarang ni pun dah tahun 2009 dan aku baru nak mula tulis balik blog aku ni. Ok nanti aku bagi cerita baik punya...