haa... kalau nak tau, inilah meja aku kat tempat keje. semakkan. waktu ni aku tengah sibuk giler sampai tak sempat nak kemas. waktu ni aku tengah mengformat satu laptop acer. bukan format aje sebenarnya tapi macam-macam. ram rosak, cmos bateri out, bateri tak leh pakai, screen problem dan macam-macam lagi. so yang korang nampak tu dalam proses terakhir mengformat selepas keseluruhan laptop tu dah aku baraikan. memang sakit kepala aku nak repair laptop acer ni. so rasanya lepas ni malas aku nak buat laptop yang berjenama acer ni.
macam-macam ada kat atas meja aku tu. dengan kalkulatornya, sarung kamera sampai dua, cd casinglah, wayar tak hapahapatah berselirat atas meja tu. lepas aku tangkap je gambar ni aku sendiri pening. dah tu lak siap ngan printer bawah meja lagi. hai. lepas ni kena kemaskan sikitlah. kalau tak bebulu biji mata aku.
nilah laptop acer yang dah 95% siap dikerjakan aku. lepas ni kalau tak elok jugak aku ingat aku suruh dia simpan jelah kat dalam reban. tapi sebenarnya problem kat laptop tu jugaklah yang dah memberi aku pelbagai ilmu dan pengetahuan kat aku camne nak elokkan laptop tu. kalau ikutkan hati malas nak buat. kalau malas aku ikutkan sure sampai sekarang aku tak leh nak selesaikan masalah laptop tu. so tq jugak aku ucapkan kat tuan punya laptop pasal bagi peluang kat aku dapat sikit ilmu masa aku nak solve problem laptop dia.
ni pulak aku punya desktop kat opis. taklah power. sekadar biasa-biasa je. intel core 2 duo. 2 gig ram. monitor 19". hardisk 320+160. vista. lelain biasa je. dan kalau boleh aku nak upgrade lagi. tapi tak leh pasal ni opis punya. kalau sendiri punya tak pe jugak.
ni pulak penghuni kat bawah kaki aku. printer hp laserjet 1020 dan altec lansing speaker yang memang aku gunakan setiap hari. kalau korang nak tau kat pejabat aku ni kalau pasang lagu... pearghhh tak heengatt.. ceh botol tu aku lupa nak buang. bukan stok untuk aku tak posa tau. so tu jelah yang aku nak kongsi ngan korang. barang serta harta sementara aku kat tempat keje aku. yang semak segala tu aku pun tak tau. tu nak kategorikan malas atau pun sibuk. lu pikirlah sendiri...
0 comments:
Post a Comment