Tuesday, September 9, 2008

Kegilaan Baru

Aku nak cerita sikit pasal kegilaan baru aku. Aku pun sebenarnya dah lama giler pada gambar dan aku lak semenjak dua menjak ni minat sangat nak amik gambar. Tapi jangan tanya aku pasal gambar aku. Pasal aku tak berapa minat nak amik gambar aku sendiri. Kalau nak amik gambar yang secara spontan atau gambar yang aku rasa menarik memang aku minat. Dan sekarang aku rasa aku dah jumpa kamera yang boleh merialisasikan impian aku. Impian je buat masa ni pasal harga body dia je dah boleh beli sebiji motor. Tapi tak pe aku akan dapatkannya jugak suatu hari nanti. Kamera DSLR Nikon D90. Korang tau kenapa aku minat giler ngan kamera ni? Pasal nilah satu-satu product Kamera Nikon DSLR yang boleh amik dan buat movie. Kalau yang lain tak leh. Setahu akulah. Dan kamera dari product dan jenis nilah yang biasa photographer pakai.

NIKON D90

Wajah Nikon D90 dari hadapan

Wajah Nikon D90 dari bawah

Paparan LCD yang luas.

Wajah Nikon D90 dari setiap sudut.

Panel kawalan kiri dan kanan.

Bateri

Panel tambahan untuk bateri.

Panel Penataan Cahaya (Flash).

Ok. Sebenarnya product ni masih belum ada dalam pasaran buat masa ni kerana ia baru dikeluarkan oleh Nikon. Aku dah survey dan biasanya dia akan berada dipasaran kat Malaysia ni dua bulan lagi. So aku kena tunggu. Tunggu dia keluar dan tunggu ada duitlah. Sembang j tak guna. Har..har..har..

0 comments: