Tuesday, September 2, 2008

Sambutan Bulan Kemerdekaan APSH

Pada 30 Ogos 2008 berlangsungnya sambutan bulan Kemerdekaan yang ke 51, yang diadakan di perkarangan Hospital Pakar Ampang Puteri. Setiap tahun APSH tidak ketinggalan menyambut hari besar negara. Dan setiap tahun juga APSH mewakili KPJ Healthcare Berhad turut serta dala perbarisan hari Kebangsaan. Dan tahun ni seramai 64 orang termasuk seorang ketua atau Chief De Mission menyertai perbarisan tersebut. Aku?... Tahun ni aku tak masuk bahagian pun dalam acara ni. Tapi kalau koang nak tau... tetiba je SGM aku minta aku turut serta dalam sambutan bulan Kemerdekaan ni. Part mana korang tahu? Part aku adalah penyerahan bendera Malayia daripada kontinjen perbarisan untuk APSH. Aku sebagai wakil menerima bendera dan menaikkan bendera. Tak de orang lain ke? Well diorang cakap aku ada experience dalam kawad ni. Al maklumlah, aku ni kan anggota sukarelawan Polis Diraja Malaysia. Bab kawad ni memang diorang pun tahu. So aku terima. Dan part aku seterusnya adalah menjadi photographer untuk majlis tersebut. Kat bawh ni antara gambar yang sempat aku rakamuntuk tatapan korang dan juga untuk APSH.

Screen projector yang aku siapkan untuk majlis sambutan bulan Kemerdekaan.


Kontinjen KPJ Healtcare Berhad yang menyertai perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2008, membuat lintas langsung di Perkarangan Lobby Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH).

Kontinjen bersama bendera perbarisan.

Anggota perbarisan KPJ selepas menerima cenderamata.

Inilah baju seragam yang bakal dipakai semasa Perbarisan di Dataran Merdeka.

Chief De Mission KPJ Healthcare Berhad En Azri Abu Bakar menerima cendeamata daripada Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir.

Bersedia untuk lintas hormat keluar baris.

Kontinjen KPJ berarak keluar dariperkarangan APSH.

Segak dan Bergaya.

Kontinjen perempuan KPJ Healthcare Berhad.

Berarak keluar dengan penuh gaya.

Antara Kontinjen Lelaki KPJ Healthcare Berhad.

Kek Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Sambutan yang berlangsung di dalam Lobby APSH.

Kek yang bakal dipotong oleh Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir bersama Exco dan Pihak Pengurusan Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH).

0 comments: