Tuesday, September 2, 2008

Hari Mantai...

Mantai... Aku rasa yamai yang tak tahu. Perkataan ni biasa disebut oleh orang di Negeri Sembilan. Mantai ni adalah satu perkara yang selalu diadakan setiap kali sambutan Ramadan dan Puasa. Biasanya Hari Mantai ni berlangsung sehari sebelum puasa dan sehari sebelum rasa. Bagi keluarga isteri aku, hari mantai ni dah jadi macam kewajipan bagi memeriahkan sambutan. Tahun ni aku tidak ketinggalan bagi bersama melibatkan diri dalam persediaan hari mantai. Kalau nak tau hari mantai ni lebih meriah sewaktu menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidil Adha. Untuk sambutan puasa ni biasanya sederhana je pasal esoknya puasa. Muahahaha... Biasa yang dibuat semasa mantai ni ialah, buat rendang dan juga bakar lemang. Ketupat tak de. Yang ada masa nak raya je. Ok.

0 comments: