hari raya bakal menjelang so... kat sini aku nak berkongsi dengan korang bagaimana nak menghasilkan lemang yang aku rasa korang tau makan je tapi nak buat korang sure tak berapa arif. aku pun sama. ari tu dapatlah aku belajar serba sedikit cara cara nak buat lemang daripada bapak mertua aku yang memang sporting habis. so kat sini aku sertakan sekali gambar gambar yang dapat aku snap sikit camne cara nak buat lemang.
memula kita kena sediakan beberapa batang buluh yang telah siap di potong mengikut kesesuaian lemang terbabit. kat sini aku lupa nak amik gambar batang buluh yang telah siap dipotong. buluh terbabit dibersihkan terlebih dahulu bagi menghindarkan miang-miangnya terkena pada kita. selepas dibersihkan letaklah kat mana yang korang suka. jangan letak kat dalam ketuhar microwave sudah. nanti lain jadinya.
so kemudian dapatkan beberapa helai daun pisang yang cun aka cantik agar lemang yang siap nanti jadi cantik. jangan amik yang tua pasal nanti daun pisang tu mudah koyak. nak cun cari yang muda dah bercahaya. baru menarik. potong daun pisang tersebut mengikut ukuran buluh yang dikehendaki. buat gulungan pada daun pisang tersebut supaya boleh dimasukkan ke dalam buluh yang terlah disediakan. kat bawah ni contoh buluh yang telah dimasuk dengan daun pisang.
buluh lemang yang telah siap dimasukkan dan pisang.
setelah proses memasukkan daun pisang ke dalam buluh, proses seterusnya adalah memarut kelapa. bagi mereka yang berada di pekan mau pun bandar, mungkin kelapa amat payah untuk dicari tetapi tak pe, cari kelapa parut kat kedai mamak atau pun kat kedai runcit makcik kiah sentil kat belakang umah pakcik hassan laki makcik jenab punya sepupu belah mak angkat kak gayah seberang sungai umah cik minah. dia ada jual kelapa parut. so kalau korang ada kelapa tapi tak tau camne nak parut tiru macam gambar kat bawah ni.
salah satu cara memarut kelapa yang di ajar oleh abg ipar aku.
habis memarut, kutip semua hampas kelapa tu masuk ke dalam besen. jangan masuk ke dalam cawan takut kelapa tu nanti tak muat.
dah siap parut kelapa, sediakan beras pulut yang telah dibasuh dengan air. jangan basuh beras tersebut dengan sabun FAB, BREEZE atau apa saja jenis sabun yang sewaktu dengannya kerana ditakuti beras tersebut akan menjadi tak best. ok. so dah siap basuh beras tu sediakan satu bekas atau besen yang muat untuk memasukkan beras tersebut. lepas tu ambil kelapa yang telah siap tapi untuk proses seterusnya. kelapa yangtelah di parut perlu di perah untuk mendapatkan santannya dan santan tersebut akan diperam bersama beras pulut itu nanti.
beras pulut yang telah dibasuh dan letak bersebelahan dengan kelapa parut. kalau nak letak kat atas peti ais pun boleh tapi kalau susah nak bubuh santan nanti jangan marah aku.
kelapa parut yang akan diperah santannya ke atas beras puluh nanti.
proses pemerahan kelapa parut yang dikendalikan oleh abang ipar aku, biras aku dan mak mertua aku.proses-proses terakhir pemerahan kelapa parut serta proses perendaman beras pulut bersama santan yang sedang diadili oleh biras aku.
setelah proses tersebut beras pulut perlu diperam dan direndam dengan santan dalam tempoh selama setengah jam bagi memastikan beras pulut tersebut sebati dengan santan. sebelum itu, santan dan beras pulut tersebut perlu dicampurkan sedikit garam secukup rasa bagi rasa lemang yang bakal terhasil tidak tawar.
sementara menunggu beras pulut itu direndam bersama santan, kerja-kerja lain yang berkaitan dengan proses ini perlu dijalankan agar tidak ada kelewatan berlaku kerana takut hujan turun maklumlah lemang perlu dibakar diluar rumah. kita tidak boleh membakar lemang menggunakan ketuhar microwave kerana nanti lemang kita jadi tak best. so jom kita siapkan kayu. nak cari kayu....nak cari kayu....nak cari kayu... nak cari kayu...
antara kayu buruk yang telah berjaya dikumpulkan.
upacara membersihkan kawasan pembakaran yang di kelolakan oleh bapak mertua aku. yelah kena bersihkan dulu. takkan nak bakar dalam semak.
alang yang telah disiapkan oleh bapak mertua aku. alang tu tempat nak parking lemang sama bakar nanti.
kayu buruk perlu diletakkan jauh sedikit dari alang pasal kita nak bakar lemang guna bara je bukan api marak.
SELINGAN
bakal menjadi lauk masak rendang. nak kena sembelih ni.
proses seterusnya adalah memasukkan beras pulut kedalam buluh. proses ini rumit sedikit pasal beras tu perlu dimasukkan ke dalam buluh bukan ke dalam kuali atau periuk. so kita ikuti cara mmasukkan beras pulut tersebut seperti gambar di bawah.
proses memasukkan beras pulut ke dalam buluh.
proses yang dilakukan oleh abang dan adik ipar aku. aku tolong jugak lepas amik gambar ni.
proses yang memakan masa dan bukan masa makan.
antara beras yang telah berjaya dimasukkan ke dalam buluh.
selesai acara memasukkan beras pulut itu, kita ke luar rumah pulak untuk menghidupkan unggun api supaya cepat dia menjadi baru dan seterusnya boleh kita mulakan proses pembakaran lemang sehingga masak.
kayu api yang telah dibakar untuk menjadikan bara.
bara api sahaja yang perlu digunakan bukan unggun api kerana sekiranya menggunakan unggun api dikuatiri lemang akan turut menjadi kayu api.
buluh lemang yang semakin pudar warnanya dan kelihatan semakin kering.
lemang perlu sentiasa diperhatikan supaya ia tidak hangus atau terbakar.
isi lemang yang mula menggelegak tanda nak masak.
lemang perlu di pusing dan dibalikkan supaya ia masak rata. kalau tak dia masak sebelah je.
lemang yang akan siap dalam sedikit masa lagi. oklah. proses tersebut perlu dibuat dengan penuh konsentrasi kerana bukan senang nak jaga lemang oiii... kalau nak cantik lemang kita sentiasalah kita lap lemang tu supaya batang lemang sentiasa bersih dari kesan santan yang melimpah keluar. jadi apa kata korang? dah yakin rasa nak buat lemang sendiri masa raya nanti? aku rasa korang dah boleh buat sendiri. gambar kat atas ni aku amik semasa hari mantai kat rumah mertua aku kat gemas negeri sembilan. so... selamat mencuba.
2 comments:
Gemas, kampung apa?
patut la ada sebut mantai tadi...
Gemas, kampung apa?
patut la ada sebut mantai tadi...
Post a Comment