
To be a fantastic Moment
Menunggu masa nak berbuka puasa.
Makanan yang dah aku amik. 1st Plate.
Makanan yang dah aku amik. 2nd Plate.
Makanan yang dah aku amik. 3rd Plate.
Aidil, Ridzal, Aku ngan Helmy.
Hazar dengan muka yang dah kekenyangan.
Miexan yang masih tak kenyang-kenyang.
Antara staf perempuan KPJ IT Cik Bob, Linda dan Yati.
Yang best sekali kami didendangkan dengan band ala-ala amigos menyanyi di setiap meja termasuk meja kami. "Lagu Kenangan Terindah dari Samsons diorang main untuk kami".
NIKON D90
Wajah Nikon D90 dari hadapan
macam-macam ada kat atas meja aku tu. dengan kalkulatornya, sarung kamera sampai dua, cd casinglah, wayar tak hapahapatah berselirat atas meja tu. lepas aku tangkap je gambar ni aku sendiri pening. dah tu lak siap ngan printer bawah meja lagi. hai. lepas ni kena kemaskan sikitlah. kalau tak bebulu biji mata aku.
nilah laptop acer yang dah 95% siap dikerjakan aku. lepas ni kalau tak elok jugak aku ingat aku suruh dia simpan jelah kat dalam reban. tapi sebenarnya problem kat laptop tu jugaklah yang dah memberi aku pelbagai ilmu dan pengetahuan kat aku camne nak elokkan laptop tu. kalau ikutkan hati malas nak buat. kalau malas aku ikutkan sure sampai sekarang aku tak leh nak selesaikan masalah laptop tu. so tq jugak aku ucapkan kat tuan punya laptop pasal bagi peluang kat aku dapat sikit ilmu masa aku nak solve problem laptop dia.
ni pulak aku punya desktop kat opis. taklah power. sekadar biasa-biasa je. intel core 2 duo. 2 gig ram. monitor 19". hardisk 320+160. vista. lelain biasa je. dan kalau boleh aku nak upgrade lagi. tapi tak leh pasal ni opis punya. kalau sendiri punya tak pe jugak.
ni pulak penghuni kat bawah kaki aku. printer hp laserjet 1020 dan altec lansing speaker yang memang aku gunakan setiap hari. kalau korang nak tau kat pejabat aku ni kalau pasang lagu... pearghhh tak heengatt.. ceh botol tu aku lupa nak buang. bukan stok untuk aku tak posa tau. so tu jelah yang aku nak kongsi ngan korang. barang serta harta sementara aku kat tempat keje aku. yang semak segala tu aku pun tak tau. tu nak kategorikan malas atau pun sibuk. lu pikirlah sendiri...
buluh lemang yang telah siap dimasukkan dan pisang.
kelapa parut yang akan diperah santannya ke atas beras puluh nanti.
proses pemerahan kelapa parut yang dikendalikan oleh abang ipar aku, biras aku dan mak mertua aku.
proses-proses terakhir pemerahan kelapa parut serta proses perendaman beras pulut bersama santan yang sedang diadili oleh biras aku.
alang yang telah disiapkan oleh bapak mertua aku. alang tu tempat nak parking lemang sama bakar nanti.
kayu buruk perlu diletakkan jauh sedikit dari alang pasal kita nak bakar lemang guna bara je bukan api marak.
SELINGAN
bakal menjadi lauk masak rendang. nak kena sembelih ni.
proses memasukkan beras pulut ke dalam buluh.
proses yang dilakukan oleh abang dan adik ipar aku. aku tolong jugak lepas amik gambar ni.
proses yang memakan masa dan bukan masa makan.
antara beras yang telah berjaya dimasukkan ke dalam buluh.
selesai acara memasukkan beras pulut itu, kita ke luar rumah pulak untuk menghidupkan unggun api supaya cepat dia menjadi baru dan seterusnya boleh kita mulakan proses pembakaran lemang sehingga masak.