Entah....
Hari ni aku rasa sebal... rasa senak fikiran aku. Nak kata bosan... tak pulak. Entah macam ada benda tak lepas dalam hati aku ni. Semacam tak puas. Hari-hari aku dah menjadi biasa sangat dan dah rasa macam aku teringin nak buat sesuatu yang di luar kebiasaan aku. Mungkin kalau bestnya aku ni boleh terbang ke... buat magic ke... apa apalah.
Macam biasa bangun pagi, pergi kerja, balik kerja siap nak kerja malam lak... Dah terlalu biasa sangat. Siang aku asyik bergelumang dengan masalah orang yang tak berada tahu pasal komputer ni. Kengkadang tepon aku berbunyi minta tolong betulkan komputer. Hai... "Izat datang kat tempat saya pasal saya tak boleh nak printlah." Aku datang je kat tempat dia rupanya masalah apa tau.... printer tak on power dia. Menyirap darah aku. Nak buat camne kan. Sabar jelah. Senyum jelah yang boleh aku bagi. Maklumlah kat opis aku ni kena amal SIstem SPP (Standard People Practice). Layanan terbaik kena aku bagi. Nak buat camnekan. Sabar jelah. Tapi aku puas kerja kat tempat sekarang pasal aku dah tau banyak pasal kerja aku. Dari aku tak tau sampai aku boleh klentong orang pasal komputer ni. Tapi aku masih rasa tak puas dengan apa yang aku ada sekarang. Mungking dah menjadi resam manusia tak puas dengan apa yang ada. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terus mencari kepuasan yang ingin aku kecapi, walau sesusah mana sekali pun. Aku akan sahut cabaran diri aku untuk terus berjaya.
Macam biasa sebelah malam aku menjadi salah seorang anggota sukarelawan penguatkuasa undang-undang bagi membantu menjaga ketenteraman negara. Aku dilantik setelah bertungkus lumus dan mengikuti latihan selama enam bulan. Puas... memang puas kerana aku memang bercita-cita dari kecil lagi untuk menyertai pasukan ini walaupun aku tidak dapat menyertainya secara sepenuh masa namun aku berjaya menyertainya biarpun aku hanya sekarelawan.
Hah... Walaupun aku lakukan hanya untuk kepuasan dan minat aku yang tinggi, tapi masih ada yang aku rasakan kurang dalam hidup ini. Aku ingin terus mencari kepuasan yang sebenar dan akan terus mencari biarpun entah bila.
Keep on Searching.
0 comments:
Post a Comment