

Dah siap aku pasang semua kat bilik conference, aku dok kat bilik aku. Apa aku nak buat ari ni. Kerja sampai kul 5. Jadi bosan lak aku ari ni. Asyik pandang cable... cpu...keyboard..monitor. Balik-balik pandang benda yang selalu aku tengok. K
eyboard, CPU, Monitor ngan cable. Tu jelah tiap2 hari.. Ooo.. ada satu benda lagi aku kena tengok. Wajib. Tu... cop mohor tempat aku kerja. Hai.. apa lagi aku nak buat. Hadap jelah. Tapi kadang2 ak
u rasa aku perlu buat sesuatu untuk aku tak bosan cam ni. Aku try explore Ulead. Gambar ngan movie banyak. Ermm... syok gak buat benda tu. So tak lah sangat boring aku kat opis ni. Kadang2 benda2 yang remeh temeh yang malas aku nak explore tulah yang banyak bagi fun kat aku. Ermm napelah malas sangat aku nak explore benda2 camtu aku pun tak tau. Sepatutnya aku perlua tau semua tu pasal nanti kalau orang tanya kat aku, ha... penat nak jawab. Oklah. daripada aku dok fikir benda yang macam tu... sampai esok tak habis. Aku tanya aku jawab. Aku jawab aku sendiri yang dok angguk sendiri. Last-last aku jugak yang mereng. Baik aku buat kerja aku yang terbengkalai dan dah belambak kat atas m
eja tu. Kurang jugak kerja aku nanti. Siapa yang senang?... Aku jugak.



Aku tetiba teringat pada seseorang. Aku rasa rindu sangat. Kengkadang aku sayu bila teringatkan sidia ni. Bila agaknya aku dapat ambil dia dan aku jaga dia sepenuh masa. Ermm.. Aku teringatkan anak aku di kampung. Satu-satunya puteri yang aku ada. Anak aku hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri aku yang pertama. Kini anak aku yang aku panggil "kakak" atau namanya "Norsyafiqa Syahira" tinggal bersama kedua orang tua ku di kampung. "Kakak, ayah rindu sangat pada kakak." Kali terakhir aku bertemu anak aku minggu lepas sewaktu aku pulang ke kampung sewaktu "opah" ku pulang ke rahmatullah. Aku dapat bertemu dengannya hanya seketika. Dan aku sempat menghubunginya pada 22/02/2008 sempena hari lahirnya yang ke 9. "Kakak.. selamat hari jadi". 2 minggu lagi aku pulang. "Kakak nanti ayah balik ayah belikan hadiah ye.. I love u, i miss you."

Puteri kesayanganku "Syahira" (Kakak)
0 comments:
Post a Comment