Tuesday, February 19, 2008

Salam Sejahtera

Assalamualaikum wbt.

First time aku cuba nak bercerita pasal diri aku dan apa yang berlaku pada aku. Harap apa yang aku tulis ni dapat mengingatkan aku, apa yang perlu aku buat dan apa yang perlu aku fikirkan. Entah kenapa aku nak bercerita pasal diri aku dan mungkin korang akan baca dah tahu apa yang berlaku pada diri aku. Harap apa yang aku tulis boleh jadi pengajaran, ikhtibar, idea atau apa saja yang boleh memberi kebaikan pada semua.

Semalam aku telah kehilangan salah seorang anggota keluarga aku. "Opah". Nenek sebelah mak aku atau lebih senang mak kepada mak aku. Aku sedar kehilangan orang yang tersayang ni memang terlalu perit untuk dilalui seperti apa yang mak aku lalui. Sebagai insan dan hamba kepada tuhan yang satu, aku redha atas pemergiannya dan mungkin suatu hari nanti aku, kita dan semua umat manusia di muka bumi ini akan melaluinya. Tapi apa yang berlaku menjadi ikhtibar dan keinsafan kepada diri aku dan menyedarkan aku bahawa kita tidak akan kekal di dunia ini. Aku terharu apabila melihat jenazah "Opah" aku berada dalam keadaan tersenyum dan berseri sekali wajahnya. Mungkin atas berkat keimanannya dan ketakwaannya pada Allah SWT dia begitu tenang pergi menemuinya.

AL-FATIHAH...

0 comments: