Friday, February 29, 2008

My Brother

Hihihi.... Seronok aku baca blog adik-adik aku. Aku ada 3 orang adik. Semua lelaki. Dan semua boleh dikatakan handsome dah berjaya. Aku bangga dengan semua adik-adik aku ni.

ANGAH
Adik aku yg kat bawah aku... kira no 2. Aku bangga ngan dia sekarang dia dah mula berjaya dalam karjaya dia. Dia dah mula seronok dengan apa yang dia buat sekarang ni. Tak macam sebelum ni. Dia macam orang yang patah hati dan putus asa. Tapi aku tau dia seorang yang bijak dah aku cemburu ngan dia pasal dia berkebolehan dalam bahasa. Bahasa Inggeris.... pergh... Meleleh beb. Dia kalau sembang ngan aku dalam bahasa inggeris tak ingat. Dia speaking English. Aku pun speaking English. Dia tak paham aku cakap. Dan aku pun tak tau apa dia cakap. Tapi kami cakap dalam bahasa inggeris. Camne tu? Sure bahasa aku yang entah hapahape.... To my angah.... I proud of u.


ALANG
Ni adik aku yang no 3. Aku semestinya bingung ngan dia ni. Bukan apa. Pasal kepala otak dia ni genius giler tak ingat. Ada je jalan dia ni nak cari duit. Boleh katakan kalau letak dia kat mana-mana sure boleh hidup. Ada je benda yang dia buat mesti datang duit. Entah aku pun heran. Apa ilmu dia pakai. Aku sesak tuhari dia jugak yang tolong. Banyak dah dia tolong aku. Sampai aku sendiri malu ngan dia sebenarnya pasal sampai sekarang aku tak bayar lagi hutang kat dia. Hihihi... apa punya abang aku ni. Tapi janji aku aku akan bayar. Janji tetap janji. By the way dia ni lagi satu kreatif. Kreatif giler. Entah mana datang idea pun aku tak tau. Adik aku ni kecik je orangnya tapi otak dia besar... tulah pasal dia kreatif kot. Bab design.... bagilah kat dia sure semua orang suka. Orait. To my alang..... I want to be like u.


ADIK
Yang ni pulak adik aku yang bongsu. Kira manja la. Dia ni Suka giler ngan muzik. Sama cam aku. Aku pandai main gitar.. dia lak.. terror. Aku boleh main drum... dia pandai main drum. Sampai apa yang aku tau dia lebih pandai dari aku. Tu yang aku cemburu tu. Aku jadi polis sukarelawan. Kira Part timelahkan... dia dah full time jadi polis. Hish... jeles aku. Walau apa pun aku sentiasa sokong apa saja yang dia rasa baik untuk diri dia. Ermmm... to my adik... I salute u.


Well... Walau apa pun aku amat menyayangi adik-adik aku. I love u all. Love so much. I want to be a best brother to all of you.

p/s : sebak rasanya....

Thursday, February 28, 2008

Kerja Kosong

Aku dah mula tak tau nak tulis apa kat dalam blog ni. Pening pasal kerja nak settlekan server tu tak settle-settle lagi. Tapi ari ni aku bukan kering je. Malas nak layan sangat pasal biar diorang ngan kerja diorang. Aku ngan kerja aku.
So ari ni aku dapat berita yang member satu department aku ni dah nak resign. Alamak sedihlah pulak. Tapi nak buat camne. Kita tak leh nak halang kemahuan orang. Mungkin dia ada impian dia sendiri. Ada sebulan lagi dia kat department IT. SO kepada sesiapa yang membaca blog ni perhatian.
"JAWATAN KOSONG........... JAWATAN IT ASSISTANT APSH.... PEREMPUAN SAHAJA YANG MEMILIKI SEKURANG-KURANGNYA DIPLOMA IT. SILA HUBUNGI SAYA DENGAN SEGERA KEPADA YANG BERMINAT.



Jumpa lagi Fida... (Yg tengah tu)

Ceh siap buat pengumuman lagi. Aku sedih gak pasal hilang seorang anggota IT. Kita orang kat situ 5 orang dan nanti tinggal 4. Kalau masuk orang baru pun sure lain. Nak buat camne. Kalau aku pun dapat offer best sure jalan punya.
Balik dari opis aku buat kerja yang aku sendiri tak pernah buat pasal aku takut nak buat. Nak tau apa? aku buat wiring letrik kat umah sikit. Bukan tarik cable... tapi aku repair semua plug kat umah aku. Baru bercahaya sikit. Cayalah aku dah berjaya. Dulu aku takut-takut gak nak buat. Yelah.... karen tu. bukan kertas. Kat situ aku dapat belajar sikit. Kat bilik aku dulu tak de lampu, dah terang. kat ruang makan malap... dah terang. Terang benderanglah jadinya.

Ruang makan yg dah terang.
Malam tak de apa yang menarik bagi aku pasal aku pun dah lama tak masuk kerja malam pasal aku rasa hours aku dah cukup dan merajuk aku kat diorang pun belum reda lagi. Mungkin awal bulan March nanti aku masuk kerja balik kot. Just wait and see.

Wednesday, February 27, 2008

Tension Aku

Dah 3 hari aku tak updatekan aku punya blog ni. Pergh... Bz giler aku. Mana tak nye. Kat opis aku sibuk ngan orang HP (bukan handphone). Mana tak nye. Aku report kat dia pasal server kat opis aku problem. Dia punya customer service bahagian careline tu orang india. Bukan india kita. Bahasa Inggeris dia... pergh.... aku tak faham dia cakap... dia pun tak paham aku cakap. Camne tu. Tapi sama-sama cakap bahasa inggeris tu. Dah la tu. Tiap-tiap setengah jam sekali kang dia call aku. Pening sieyehhh....
Ari ni aku bz lak ngan orang HP tu lagi pasal dia orang nak repair. Satu hari pulak tu. Arghhhh.... Tension aku. Tapi nak wat camne. Dah keje. Tapi aku dapat jugak belajar something. Ermmm... Ah... Aku nak kua makan jap. Lapo ni. Budak HP tu?... Lantak kolah. Benda under waranty lagi. Pepandailah korang buat.

Sunday, February 24, 2008

Kerja...Kerja...Kerja

Hari ni aku kena kerja. Arghhh.. Masuk ni dah 2 minggu aku tak cuti untuk hari ahad. Penat tu. Aku kena standby kat opis pasal ada presentation. Macam2 diorang nak guna peralatan IT. Ermm takpelah. Kalau aku dok umah pun bukan dapat apa. Kebetulan isteri aku pun kena kerja ari ni. Huhuhu...

Dah siap aku pasang semua kat bilik conference, aku dok kat bilik aku. Apa aku nak buat ari ni. Kerja sampai kul 5. Jadi bosan lak aku ari ni. Asyik pandang cable... cpu...keyboard..monitor. Balik-balik pandang benda yang selalu aku tengok. Keyboard, CPU, Monitor ngan cable. Tu jelah tiap2 hari.. Ooo.. ada satu benda lagi aku kena tengok. Wajib. Tu... cop mohor tempat aku kerja. Hai.. apa lagi aku nak buat. Hadap jelah. Tapi kadang2 aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk aku tak bosan cam ni. Aku try explore Ulead. Gambar ngan movie banyak. Ermm... syok gak buat benda tu. So tak lah sangat boring aku kat opis ni. Kadang2 benda2 yang remeh temeh yang malas aku nak explore tulah yang banyak bagi fun kat aku. Ermm napelah malas sangat aku nak explore benda2 camtu aku pun tak tau. Sepatutnya aku perlua tau semua tu pasal nanti kalau orang tanya kat aku, ha... penat nak jawab. Oklah. daripada aku dok fikir benda yang macam tu... sampai esok tak habis. Aku tanya aku jawab. Aku jawab aku sendiri yang dok angguk sendiri. Last-last aku jugak yang mereng. Baik aku buat kerja aku yang terbengkalai dan dah belambak kat atas meja tu. Kurang jugak kerja aku nanti. Siapa yang senang?... Aku jugak.

Aku tetiba teringat pada seseorang. Aku rasa rindu sangat. Kengkadang aku sayu bila teringatkan sidia ni. Bila agaknya aku dapat ambil dia dan aku jaga dia sepenuh masa. Ermm.. Aku teringatkan anak aku di kampung. Satu-satunya puteri yang aku ada. Anak aku hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri aku yang pertama. Kini anak aku yang aku panggil "kakak" atau namanya "Norsyafiqa Syahira" tinggal bersama kedua orang tua ku di kampung. "Kakak, ayah rindu sangat pada kakak." Kali terakhir aku bertemu anak aku minggu lepas sewaktu aku pulang ke kampung sewaktu "opah" ku pulang ke rahmatullah. Aku dapat bertemu dengannya hanya seketika. Dan aku sempat menghubunginya pada 22/02/2008 sempena hari lahirnya yang ke 9. "Kakak.. selamat hari jadi". 2 minggu lagi aku pulang. "Kakak nanti ayah balik ayah belikan hadiah ye.. I love u, i miss you."

Puteri kesayanganku "Syahira" (Kakak)

Cermin

Bila fikir cermin je kita tahu benda tu just nak tengok diri kita kat situ. Tapi ada tak kita fikir yang cermin tu sebenarnya banyak dia punya sifat yang dapat kita ambil. Dia tak jemu tengok muka kita ni. Samada kita hensem ke tak, tempek jerawat kita kat dia, mengejek diri kita sendiri kat depan dia, dan macam2 lagi. Tapi dia tetap setiap ngan kita.
Cuba kita amik sikit sifat si cermin ni. Tak pernah pun kita nak fikirkan. Oklah. Kita jadikan cermin ni sebagai falsafah hidup kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Andai kita dah menyakiti hati orang dan cuba kita fikir seandainya orang pula yang menyakiti kita dan jadikan cermin ini bias hidup kita. Cuba kita fikir sejenak andai kita jadi lihat orang yang disakiti itu kita, andai orang yang kita aniaya itu diri kita, atau sebaliknya dalam ertikata baik atau jahat. Apa perasaan kita.
Cermin... Bak kata orang cermin dulu muka kita baru buat. Betul. Cermin atau fikir dulu apa yang nak kita buat. Huh... sendiri mau ingat.
p/s : terima kasih pada kau cermin.

Friday, February 22, 2008

Tugas la woi....

Semalam aku rasa bosan sangat. Aku rasa tak nak gi mana-mana. Balik kerja je aku tau aku nak dok rumah. Kerja malam aku dah hampir 2 minggu aku tak datang. Malas sungguh aku nak kerja. Tau jelah bukan aku tak nak kerja dah cuma aku kecil hati ngan rakan pasukan aku. Minta aku jadi "admin" untuk diorang. Siapkan claim perbatuan diorang. Dah dekat 3 bulan aku buat untuk diorang. Aku bukan berkira sangat cuma fikir sendirilah. Kos kertas, kos printing, kos ink printer dan lain-lain. Tu belum kira aku punya kos sakit kepala dengan perangai lagi. Kini baru aku tau kenapa mendiang sarjan aku dulu, "Sarjan Ajaib" tiap-tiap bulan mengamuk. Mana tak nya, kena aku bercakap baru nak ambil SD. Takkan semua aku kena buat. Kerja aku ngan korang sama. Tapi aku kena kerja lebih ngan duit aku sendiri semata-mata nak sempurnakan claim korang. Bang oiiii.... sendiri mau ingatlah.

Dalam kul 8.15 malam, Kopral aku call tanya apa masalah aku lama tak datang tugas. Senang aku cakap, malas. Kopral aku gelabahlah pasal selama ni akulah anggota yang boleh dikatakan tiap-tiap hari datang. Dulu masa aku ngan abg usop, aku ngan dia hari-hari hadir, dan sampai pihak atas suruh kurangkan "hours" kitorang. Mana taknya. Sebulan dekat 100 lebih jam. Maksimum jam yang dibenarkan pun cuma 96 jam. So.....?

Sekarang aku tak seronok nak bertugas pasal tak macam dulu. Kopral aku suka melepak daripada buat rondaan. Aku nak tugas tapi incharge lemau... apa aku boleh buat? Dulu abg usop ada aku cukup seronok bertugas. Rasa best je pasal macam-macam kes kitorang dapat. Hrmmmm....

Dalam kul 9.00 malam tepon aku berbunyi. "SP Yusof". Aku jawab cam biasa. Aku dengar sebiji-sebiji butir kata-kata dia. Apa yang aku dengar dia cakap dia akan masuk balik. Alhamdulillah. Semangat balik aku nak kerja. Isteri aku senyum bila nampak aku bersemangat nak bertugas semula. Ermmm... Semangat aku dah kembali......

p/s : tolong jaga hati kawan...

Thursday, February 21, 2008

Sebal

Entah....
Hari ni aku rasa sebal... rasa senak fikiran aku. Nak kata bosan... tak pulak. Entah macam ada benda tak lepas dalam hati aku ni. Semacam tak puas. Hari-hari aku dah menjadi biasa sangat dan dah rasa macam aku teringin nak buat sesuatu yang di luar kebiasaan aku. Mungkin kalau bestnya aku ni boleh terbang ke... buat magic ke... apa apalah.
Macam biasa bangun pagi, pergi kerja, balik kerja siap nak kerja malam lak... Dah terlalu biasa sangat. Siang aku asyik bergelumang dengan masalah orang yang tak berada tahu pasal komputer ni. Kengkadang tepon aku berbunyi minta tolong betulkan komputer. Hai... "Izat datang kat tempat saya pasal saya tak boleh nak printlah." Aku datang je kat tempat dia rupanya masalah apa tau.... printer tak on power dia. Menyirap darah aku. Nak buat camne kan. Sabar jelah. Senyum jelah yang boleh aku bagi. Maklumlah kat opis aku ni kena amal SIstem SPP (Standard People Practice). Layanan terbaik kena aku bagi. Nak buat camnekan. Sabar jelah. Tapi aku puas kerja kat tempat sekarang pasal aku dah tau banyak pasal kerja aku. Dari aku tak tau sampai aku boleh klentong orang pasal komputer ni. Tapi aku masih rasa tak puas dengan apa yang aku ada sekarang. Mungking dah menjadi resam manusia tak puas dengan apa yang ada. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terus mencari kepuasan yang ingin aku kecapi, walau sesusah mana sekali pun. Aku akan sahut cabaran diri aku untuk terus berjaya.

Macam biasa sebelah malam aku menjadi salah seorang anggota sukarelawan penguatkuasa undang-undang bagi membantu menjaga ketenteraman negara. Aku dilantik setelah bertungkus lumus dan mengikuti latihan selama enam bulan. Puas... memang puas kerana aku memang bercita-cita dari kecil lagi untuk menyertai pasukan ini walaupun aku tidak dapat menyertainya secara sepenuh masa namun aku berjaya menyertainya biarpun aku hanya sekarelawan.
Hah... Walaupun aku lakukan hanya untuk kepuasan dan minat aku yang tinggi, tapi masih ada yang aku rasakan kurang dalam hidup ini. Aku ingin terus mencari kepuasan yang sebenar dan akan terus mencari biarpun entah bila.
Keep on Searching.








Tuesday, February 19, 2008

Salam Sejahtera

Assalamualaikum wbt.

First time aku cuba nak bercerita pasal diri aku dan apa yang berlaku pada aku. Harap apa yang aku tulis ni dapat mengingatkan aku, apa yang perlu aku buat dan apa yang perlu aku fikirkan. Entah kenapa aku nak bercerita pasal diri aku dan mungkin korang akan baca dah tahu apa yang berlaku pada diri aku. Harap apa yang aku tulis boleh jadi pengajaran, ikhtibar, idea atau apa saja yang boleh memberi kebaikan pada semua.

Semalam aku telah kehilangan salah seorang anggota keluarga aku. "Opah". Nenek sebelah mak aku atau lebih senang mak kepada mak aku. Aku sedar kehilangan orang yang tersayang ni memang terlalu perit untuk dilalui seperti apa yang mak aku lalui. Sebagai insan dan hamba kepada tuhan yang satu, aku redha atas pemergiannya dan mungkin suatu hari nanti aku, kita dan semua umat manusia di muka bumi ini akan melaluinya. Tapi apa yang berlaku menjadi ikhtibar dan keinsafan kepada diri aku dan menyedarkan aku bahawa kita tidak akan kekal di dunia ini. Aku terharu apabila melihat jenazah "Opah" aku berada dalam keadaan tersenyum dan berseri sekali wajahnya. Mungkin atas berkat keimanannya dan ketakwaannya pada Allah SWT dia begitu tenang pergi menemuinya.

AL-FATIHAH...