Saturday, March 29, 2008

Pindah

Minggu ni aku memang sibuk giler. Mana taknya. Aku kena uruskan semua perihal rumah baru yang aku nak pindah ni. Kena kemas barang. Amik kunci rumah. Deal ngan tuan rumah baru. Tuan rumah lama... ermm pegi mamposlah dengan dia. Aku sakit hati sangat ngan dia. Patutlah jiran aku dulu kata, rumah aku duduk ni selalu sangat orang keluar masuk. Maksudnya asyik orang baru je yang duduk. Sekarang baru aku faham bahawa ramai yang kena keluar kerana tak tahan ngan perangai tuan rumah tu. Kali ni aku ngan isteri aku jadi mangsa. Kena keluar tanpa notis dan dalam masa 1 minggu setengah dia nak sewakan rumah pada adiknya. Tapi yang aku sakit hati sangat adalah kerana lepas dia bagitau je aku terus pergi cari rumah sewa dan aku terlihat ada iklan sewa rumah yang aku duduk tu. Sakit hati siot. Rupanya dia nak naikkan sewa rumah tu. Memang berbeza sewa dia tapi bagilah tau awal. Tak pe. Aku taulah apa aku nak ajar dia.
Ari ni aku dah siap mengemas barang yang nak pindah dan aku sekarang tengah nak mencari lori untuk punggah dan pindahkan barang barang aku yang nasib baik lah tak berapa banyak. Jadi rumah yang baru aku sewa ni selesa sikitlah dan tak lah memenatkan sangat. So kepada sesiapa yang nak bantu aku pindah nanti aku amat alu-alukan.

0 comments: