Hai... Rasanya dah lama sangat aku tak mengupdatekan blog aku ni. Maklumlah... aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ni. Aku terpaksa mengfreekan diri aku bagi menjalani latihan fizikal dan juga latihan bola tampar. Tu bagi hari-hari yang dah ditetapkan. Manakala pada hari-hari lain lak aku terpaksa mengcover hours/jam aku dalam perkhidmatan Sukarelawan Polis aku. Memang sibuk giler dan sesekali terasa badan aku terlalu kepenatan.
Bulan 6 ni bulan yang paling sibuk aku dan aku terpaksa keluar dari kawasan. Maklumlah bila dah berkahwin ni ada saja majlis yang terpaksa aku hadiri. Awal bulan dalam 30 sampai 2 hari bulan aku akan ke Johor bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteri aku. Kalau tak pergi nanti apa pulak kata diorang. Tambah pening lagi bila adik kesayangan aku bakal bertunang pada tarikh yang sama. Tapi nak buat camne. Tarikh tu aku dah mention kat orang tua aku andai kata nak buat majlis sebelum bulan 6 atau hujung bulan 6. Tup-tup pihak perempuan nak buat cepat. Aduh... camne aku nak ekjus? Pening. Tapi nasib baik kedua orang tua aku faham. Aku terpaksa pasal aku jadi orang penting. Kalau tak pergi.. ramai adik beradik isteri aku yang tak pegi. Takkan pasal aku sorang semua tak boleh pegi.
0 comments:
Post a Comment