Friday, March 14, 2008

Penatnye...

Huh... Lama dah aku tak update blog aku ni. Tak de masa nak update. Memang sibuk giler aku munggu ni. Mana tak nya, bebudak aku punya claim perjalanan aku tak siapkan lagi. Kerja kat opis lagi kena buat. Huh... Tapi aku enjoy lakukan semua tu. Pasal kengkadang aku pikir aku perlu buat sesuatu untuk tingkatkan prestasi aku. Dan aku berjaya buat satu sistem (kira softwarelah) untuk key in semua maklumat bebudak aku punya claim. KIra masuk buatir sikit je siap update sekali. Kira satu kejayaan aku yang dah lama aku tinggalkan dalam bab menghasilkan software ni. Hihihi....

Bebaru ni dalam tugas malam sebagai Sukarelawan Polis ni aku dah berjaya buat tangkapan. Kira ni dah tangkapan yang ke empat dalam stahun lebih aku joint Sukarelawan Polis ni. Aku dapat tangkap 2 lelaki india yang menggunakan motosikal curi. Hish... masa tangkap diaorang tu rasa macam nak belasah je pasal memikirkan aku dulu pernah kehilangan motor yang baru aku pakai 8 bulan. Tak sempat nak renew roadtax. Kalau kenang memang rasa nak hayun je. Tapi aku masih waras. Dan aku hanya tangkap dan serahkan kepada balai untuk tindakan selanjutnya. Pikir pasal motor hilang ni memang menyirap rasa pasal bukan senang nak kumpul duit beli motor ni bang. At last hilang dengan sekelip mata. Pedih siot.

Well nak buat camne. Dah tak de rezeki. Doa jelah agar kita sentiasa bersabar. Dan dalam minggu ni je aku terasa badan aku teramat letih aka penat. Entahlah. Mungkin pasal terlalu banyak kerja siang dan malam. Nasib baiklah isteri aku ni seorang yang amat memahami. Biar pun masa aku hanya aku luangkan dengan dia sejam selepas kerja siang antara kul 5.30 ptg sampai 6.30 dan kul 11.30 mlm seterusnya. Kesian dia. Tapi nak buat camne. Kerja. Aku perlu berusaha lebih sekarang kerana aku rasa aku masih kuat dan perlu buat sesuatu untuk hidup selesa. Erm... Kira macam luah perasaan pulak.

Oklah malas rsanya nak tulis lagi, pasal kerja aku ada yang menunggu untuk di selesaikan. Lain kali aku sambung lagi. Mungkin ada cerita yang lebih menarik untuk aku tuliskan kat sini. Jumpa lagi.

p/s: Aku rasa nak buat something yang aku sendiri tak tau apa dia.

0 comments: