Friday, June 6, 2008

Kenduri lagi...

Minggu lepas aku gi kenduri kat Johor. Kenduri kat umah mak sedara belah isteri aku. So banyaklah benda yang lain daripada yang lain yang berlaku kat sana. Jadi aku nak kongsi sikit pengalaman aku kat sana. Kenduri tu kira meriah jugaklah. Mana taknya. Jemputan je dah cecah 3000 orang. Dah macam kenduri Tan Sri-Tan Sri ngan Datuk-Datuk. Pergh… Seriau aku. Tapi nasib baiklah kenduri tu ramai KENDARAT dia. Orang sana panggil KENDARAT, tapi kat sini orang panggil penanggah atau pelayan. Ramai tu.

So banyaklah acara yang diadakan. Masa rewang ada karaoke. Syok tu. So orang yang buat kerja masak memasak ni kira ada hiburanlah. Dan hari langsungnya pulak ada ghazal, tarian inang, silat, tarian zapin dan macam2 lagi. Kira meriah gile lah. Kira aku kesana pun terhiburlah. Hihihi…


Pelamin yang sedia menantin Pengantin.


Pengantin lelaki yang akan diarak ke pelamin.


Kompang dipalu tanda pengantin telah tiba.


"Bang bayar tol bang. Tak bayar kitaorang ketuk ngan senduk ni..."


"Ni singgit mana cukup. Tambahlah lagi..."


Pengantin dirai dengan acara pencak silat.


"Aik.. Nak masuk umah pun kena tol lagi?"


"Cukup tak makcik? Kalau tak cukup saya ada satu lori lagi kat luar sana".


"Ha.. Ni nak naik camtu je ke? Bayar dulu."


"Ok boleh naik. Nasib baik kasi besar punya tol."


Pengantin siap bersanding selepas melepasi tol.


Penari cilik bersiap sedia untuk persembahan.

Penari inang sedang membuat persembahan.


Majlis Santapan.


Majlis diserikan dengan tarian zahir johor oleh penari cilik.

Tarian yang di bawa oleh penari pelapis dari UTM Skudai.

0 comments: