Thursday, May 29, 2008

Sendiri Mau Ingatlah Beb

Semalam hari yang paling tension buat aku. Mana taknya. Semua budak-budak aku call pasal claim millage tak submit lagi. Camne aku nak submit. Sorang pun tak sign lagi claim tu. Tak kan aku nak menyembah dia orang minta sign. Dahl ah aku yang kena cari no SD. Kena pegi IPD lagi lagi. Dah tu nak kena isi form dia. Dahl ah minyak, minyak aku sendiri. Kertas aku, taip aku, ink printer aku, nak sign aku gak. Pastu nak anta aku jugak. Modal semua aku. Satu sen pun tak de yang nak menghulur. Bosan siot. Pastu tak lak nak marah-marah. Apa korang ingat aku ni kayu apa. Aku balas balik kat dia orang. Sukati korang lah. Tak dapat claim korang bukan aku.

Aku tak paham. Semua nak free. Abis aku yang tolong buat ni dapat apa? Aku sabar ada tahap beb. At last aku bagi kata dua. Siapa nak claim dating jumpa aku. Nasiblah. Aku bagi date line sampai ari ni. Petang kang aku nak bertolak ke Johor. Kena submit at lease 2hb. Adak e tak de aku anta je. Sendiri mau ingatlah. Hai.. fikir-fikir dah dekat 6 bulan claim Polis aku tak masuk. Submit claim tiap-tiap bulan aku buat dan aku anta. Tapi sampai sekarang tak masuk lagi. Entahlah. Bila nak masuk pun aku tak tau. Lembab betul diaorang buat kerja.

Anyway yang aku tau petang kang aku dah bertolak nak ke Johor. Aku pergi ngan isteri ngan anak aku. Esok aku start cuti sampai hari Isnin. Letih tu. Pastu minggu depan kena balik Gemas lak. Minggu satu lagi nya lak aku dah start game volleyball kat Kuantan. Erm... tak de rehat aku bulan ni. Hope ada satu masa yang aku boleh rehat puas-puas. Ni pun dah 2 minggu aku kerja direct tanpa cuti. Ahad pun kena kerja. Ni pegi Johor ni pun bukan berehat. Kasi penat badan. Maklumlah. Dah berkeluarga ni bila ada kenduri kenalah joint. Jangan jadi kera sumbang tak campur orang. Nanti apa lak kata orang kampung.

By the way aku tidak akan mengupdate blog aku ni sampai hari Isnin. Nanti balik dari Johor aku akan laporkan apa yang berlaku di sana. Jumpa lagi.

0 comments: