Lama jugak aku tak update blog aku ni. Mungkin pasal kebizian aku terhadap kerja yang kalau korang nak tau minggu ni aku stress pasal server kat sini down pada hari sabtu tu hari. Ini disebabkan oleh siapa yang memandai tak bagitau nak cut off electric power kat sini. Langsung tak de preparation. At last dapat call tak leh masuk sistem. Kena aku hampir bermalam kat hospital ni pasal nak settlekan pasal server. Kena lak ada hardware kat server tak leh nak detect. Berangin aku. Well... akhirnya aku dan bos aku berjaya menyempurnakan misi meng"up"kan balik server dan sistem tu.
So ari ni aku buat preparation untuk ke "Karnival Sukan KPJ" yang akan berlangsung di Kuantan pada 18 hingga 22 Jun 2008 iaitu bermula pada hari Rabu ni (esoklah). So ari ni semua atlit Apsh menerima pakaian dan alatan yang disponser oleh pihak Falcon (nama kontinjen aku). Antara barangan yang diterima :
- Sepasang tracksuit berjenama JKing
- 3 helai t-shirt round neck berjenama JKing
- 2 helai t-shirt berkolar berjenama entah (esok dapat)
- Sepasang kasut sukan berjenama Line 7
- Topi baseball
- Beg kasut.
- 2 helai jersi (sponsor untuk player volleyball)
- sehelai seluar pendek
- Sehelai kemeja batik untuk diner (Kalau terpilih)
Huih.. Banyak tu yang diorang kasi. Tak henggat. Tapi biasalah. Main kenalah tip top. Jangan jadi macam tahun lepas dah 2 game dah terkeluar. Huh.. Tapi sebenarnya aku tengah pening gak ni pasal masa aku gi nanti camnelah isteri aku nanti. Siapalah nak amik antar dia. Walaupun dia dah bagitau dia akan tumpang member sebelah rumah kakak ipar aku. Tapi andai terlepas camnelah. Tau jelah... Isteri aku tu tengah mengandung 5 bulan. Sian lak aku. Tapi nak buat camne. So... Terpaksalah aku.
Aku harap tahun ni dapatlah aku medal kemenangan untuk kontinjen aku. Pasal training dah gila babas dah. cuma nak tunggu hasil dia je. Harap-haraplah menjadi semuanya tahun ni. So aku cau dulu. Nanti balik daripada Kuantan aku akan melaporkan peristiwa yang berlaku disana bersama cerita-cerita yang menarik. Babai....
0 comments:
Post a Comment