Tuesday, July 1, 2008

KPJ SPORT CARNIVAL

Dekat seminggu aku tak mengupdate bolg aku ni dek kerana aku demam. Baik punya demam lepas je aku balik dari Kuantan. Mungkin perubahan cuaca kot. Kat sana punyalah panas. Perghh…. Oh ya lupa aku. Sebenarnya aku ke Kuantan tu hari pasal aku menjadi atlet untuk tempat kerja aku. Atlet Ampang Puteri Specialist Hospital. Cam biasa setiap tahun seluruh hospital dibawah naungan Kumpulan Perubatan Johor atau lebih dikenali sebagai KPJ Healthcare Berhad akan berkumpul dalam upacara Karnival Sukan Tahunan KPJ. Tahun lepas carnival ni berlangsung kat Bangi diatas anjuran Damansara Specialist Hospital dan Selangor Medical Centre. So Tahun ni Karnival dianjurkan oleh Kuantan Specialist Hospital. Jadi kami berkumpul semua di sana. Well.. Karnival ni disertai oleh seluruh Hospital KPJ yang telah diberi nama, khas untuk carnival sukan ini. Antaranya adalah :

Falcon – Hospital Tawakal dan Ampang Puteri
Wildcat – Hospital Damansara dan Selangor
Thundercat – KPJ dan Puteri, Sentosa KL & Nursing College
Lion King – Hospital Ipoh
Southern Stingers - Hospital Johor
Mongoose Warrior – Hopital Kuantan Dan Kelantan termasuk Sabah Sarawak
King Cobra – Hospital Seremban dan Kajang

Ok kat bawah ni aku attachedkan gambar-gambar aku kat sana. Meriah siot.

Taklimat diberikan oleh Chef Din selaku Penolong Pengarah Teknikal Kontinjen berkenaan peraturan, penginapan dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan ke Kuantan.

En Roshidi selaku Imam Kontinjen membaca doa bagi keselamatan perjalan pergi dan balik.

Dalam bas. Tu aku yang tengah buat peace tu. Hihihi…

Di Hentian R&R Temerloh. Sampai sana je sekitar R&R jadi biru semua dek uniform kitaorang.

Makan dulu. Lapar dari tadi tak masuk apa-apa.

La..bila nak gerak ni… Dah kenyang dah semua. Mendaftar nama bagi bas masing-masing supaya tak hilang atau tertinggal.

Dah sampai Kuantan dah…Huhuhu…

Hotel yang kita orang lepak.

Pergh.. sempat lagi nak interframe tu….

Taklimat terakhir daripada Chief De Mission Kontinjen Falcon mengenai penginapan dan perlawanan yang bakal dijalankan.

Penyerahan kunci bilik penginapan kepada atlet mengikut permainan (game) oleh ketua sorak atau cheerleader kami.

Dalam Bilik Hotel

Aku sempat melelapkan mata selama 3 jam sebaik masuk bilik hotel.

ACARA SUKAN BERMULA

PINGAT EMAS

Carom

Dam Aji dan Catur

PINGAT PERAK

Bomba Race

Tenpin Bowling

PINGAT GANGSA

Dart

Bola Jaring

Bola Tampar Perempuan

Sepak Takraw

Futsal Perempuan


Pingpong

TEMPAT KEEMPAT

Bola Sepak

Badminton

PUSINGAN PERTAMA

Futsal Lelaki

Bola Tampar Lelaki

Ceh… malu aku nak cerita. Tapi nak buat camne. Aku kena laporkan jugak kat sini bahawasanya pasukan bola tampar aku kalah di pusingan awal. Kalah 2-0 ngan Monggose Warrior, pastu jumpa Southern Stingers pun kalah 2-0. Dan last sekali jumpa ngan Thurdercat pun kalah 2-1. Tapi aku tak malu kalah pasal aku rasa kitaorang main dengan penuh komitmen dan nasib tak menyebelahi kita orang pasal kita orang tak pakai pemain import. Team kita orang semua jenis yang tak de wakil mana-mana pasukan negeri atau negara. Pasukan Mongoose Warrior pakai pemain negeri sorang. Pastu Southern Stingers pulak baru dapat budak Sukma. Thundercat lak player diorang student. Kitaorang ni je kuda tua yang main. Huhuhu… Kat bawah ni aku attached sikit gambar aku masa aku dalam game.

Aku empat dari kiri.

Tengah kena leacture ngan coach.

Aduh pedih kena bantai ngan coach.

Aku No. 9

So bagi aku, aku berpuas hati atas tahap pencapaian pasukan bola tampar aku pasal kami kalah pun mata tak lari jauh. Ngan Mongoose Warrior kalah 25-23, 27-25, Ngan Southern Stingers kalah 25-22, 25-22 dan ngan Thundercats kalah 15-25, 27-25, 15-12. So tak lah jauh sangat. Tapi apa pun yang penting semua game kita orang memang power ngan penyokong setia. Kat bawah ni aku letak sekali ngan gambar penyokong dan aku masa pegi menyokong.

Ni masa opening ceremony. Siap pakai pancaragam lagi.

Wah… Terlebih suda… Kontinjen kitaorang siap pakai helikopter masa kawad masuk kontinjen sewaktu opening ceremony.

Pergh… Sempat interframe lagi masa marching erk. Eh… aku kat ner ha?.. Tak de pun. Oooo tengah amik gambar ni la….

Penyokong Falcon sedang menyaksikan perlawanan badminton.

Fulamak… Aku tengah di apit dengan gadis litar… Litar apa erk… Litar kasih kot. Muahahahahahaha..

Penyokong tengah minum sementara menunggu pasukan bola sepak masuk ke padang semula. Pasukan bola sepak kita orang yang sedang di beri ceramah oleh jurulatihnya En Ghani Malek (Bekas pemain bola sepak kebangsaan).

So. Kira menarik gak lah aku masa kat sana. Macam biasa event malam terakhir adalah diner dan closing ceremony. Aku dan ramai lagi budak-budak hospital malas nak pegi pasal dah tau sangat. Makan, dengar orang menyanyi lagu yang tahapahapa je. Biasenya kelaut memanjang. Pastu tarian kebudayaan yang memang dah berbudaya. Pastu macam-macam lagilah. So ramai yang nak buat event sendiri. Aku ngan member-member aku yang lain plan nak ronda sekitar Kuantan. Jom.

Apa-apa hal makan dulu. Ni restoran kat depan hotel yang kita orang lepak.

Aksi menunjuk pasir serta aksi buat buat pelik kat Teluk Cempedak.

Ketika berada di JambanTan kat Teluk Cempedak.

Siap ada konsert kilat kasut lagi kat Teluk Cempedak. Eh bang. Buat apa tu Macam paipon je. Coverlah sikit bro… ramai orang tu.

Fuh…ni tiup ke sedut? Steady bro… Lu je yang pandai main benda tu.

Pergh… cam Bob Marley lah bro… Raggae sikit…

Eh..apa yang tersesat ni?. Oooo.. Ni gambar tarian kebudayaan yang sempatr aku celok malam tu budak sebelah bilik hotel aku.

Ni kitaorang kat Kuantan Specialist Hospital. Bukan melawat pesakit. Tapi melawat Nurse kat sana. Biasalah. Kitaorang ada keluarga yang besar kat KPJ Hospital.

So hari terakhir aku kat sana tak lah menarik sangat. Cuma aku dapat rasakan yang aku terasa letih tak henggat. So Rasa cam malas je nak amik gambar lagi. Tapi untuk pengatahuan korang. Malas malas pun dekat 800 keping gambar aku dah shoot. Semua ada kat PC aku. Ni kat sini aku Cuma attached gambar-gambar yang menarik dah rasa sesuai je aku bubuh. Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar-gambar event tu sila layari http://www.eventizat2008.commandprompt/sukatilulahnakmasukmanamana.

Shopping kat Gambang. Tak de apa yang menarik.

Me..myself and I. Huhuhuhu

Tahun depan KPJ Sport Carnival akan diadakan di Seremban lak. Jumpa kat Seremban.

0 comments: