Tuesday, May 27, 2008

Aduh.. sakit tu...

Semalam aku terasa lutut aku sakit sangat. Aku dah alami sakit ini dah dekat 1 bulan. Mungkin pasal aku kerap main bola tampar. Kali ni sakit lutut aku dah meruncing sampai nak main bola tampar pun aku tak larat. Bukan sekadar nak melompat, nak kejar bola pun aku dah tak upaya. Aku kena buat sesuatu.

Aku nekad nak pergi jumpa doktor/MO kat tempat kerja aku. Lepas aku amik GL terus aku gi jumpa MO dan seperti biasa aku daftar kat A&E. Diorang buat checkup BP ngan amik temp aku. Pastu doktor/MO panggil aku dan aku terangkan masalah aku. Dia menulis surat sesuatu dan minta aku membuat X-Ray. Aku terus ke bilik X-Ray dah selepas mendapat keputusan X-Ray Dr/MO merujuk aku kepada dr pakar APSH Dr Ali Noor Ghani.

Dalam keputusan X-Ray tu di dapati tulang rawan aku makin menipis. Semasa berjumpa dengan Dr Ali Noor, dia menerangkan unsur-unsur yang menjadikan tulang rawan pada lutut semakin menipis disebabkan faktor-faktor keaktifan pergerakan pada lutut.

Dr Ali nasihatkan aku supaya mengambil ubat/vitamin dalam tiga bulan berterusan supaya dapat membina semula sel tulang rawan lutut aku ni. Sekiranya lepas Karnival Sukan KPJ selesai dan masalah aku still tak berubah atau makin teruk aku mungkin akan dimasukkan ke wad bagi mendapatkan suntikan dan rawatan susulan.

Arghhh... tension aku. Nak naik tangga pun seksa gile. Sakit dia memang tak ingat. Tapi semalam lepas makan ubat tu, kira dah kurang sikit sakit lutut aku ni. Harap oklah pasal aku still ada training petang ni. Lutut nak pakai lama beb. Kita tengok jelah nanti.

0 comments: