Saturday, March 29, 2008

Pindah

Minggu ni aku memang sibuk giler. Mana taknya. Aku kena uruskan semua perihal rumah baru yang aku nak pindah ni. Kena kemas barang. Amik kunci rumah. Deal ngan tuan rumah baru. Tuan rumah lama... ermm pegi mamposlah dengan dia. Aku sakit hati sangat ngan dia. Patutlah jiran aku dulu kata, rumah aku duduk ni selalu sangat orang keluar masuk. Maksudnya asyik orang baru je yang duduk. Sekarang baru aku faham bahawa ramai yang kena keluar kerana tak tahan ngan perangai tuan rumah tu. Kali ni aku ngan isteri aku jadi mangsa. Kena keluar tanpa notis dan dalam masa 1 minggu setengah dia nak sewakan rumah pada adiknya. Tapi yang aku sakit hati sangat adalah kerana lepas dia bagitau je aku terus pergi cari rumah sewa dan aku terlihat ada iklan sewa rumah yang aku duduk tu. Sakit hati siot. Rupanya dia nak naikkan sewa rumah tu. Memang berbeza sewa dia tapi bagilah tau awal. Tak pe. Aku taulah apa aku nak ajar dia.
Ari ni aku dah siap mengemas barang yang nak pindah dan aku sekarang tengah nak mencari lori untuk punggah dan pindahkan barang barang aku yang nasib baik lah tak berapa banyak. Jadi rumah yang baru aku sewa ni selesa sikitlah dan tak lah memenatkan sangat. So kepada sesiapa yang nak bantu aku pindah nanti aku amat alu-alukan.

Wednesday, March 19, 2008

Pelik dan Menarik

Hai... jumpa lagi. Aku tak de idea nak tulis apa hari ni. Kepala dah berat dan tak tau nak tulis apa apa. Tapi aku rasa aku nak berkongsi kepada sesiapa yang membaca blog aku ni beberapa benda pelik dan menarik yang aku suka tengok. Tak pelah... kurang-kurangnya ada juga benda yang boleh aku kongsi. Cerita tak de kita layan gambar. Orait.....!

PAPER BAG
Macam kena gigit lak...

Huh..bahaya ni...

Mak ai... camni pun ada..

Kreatif...

hihihi...

Seksinyer..
PAPAN IKLAN

Pecah cermin...




PELIK







JALAN RAYA










BETUL KE NI?











So ni ajelah yang dapat aku kongsi sama buat masa ni. Nanti kalau ada lagi aku akan siarkan lagi. So takdelah kosong sangat blog aku ni.

Tuesday, March 18, 2008

Tabiat ke tebiat...?

Askum... Oklah aku nak bukak topik ni yang aku sendiri hairan sesetengah perangai atau sikap rakyat Malaysia ni. Nak kata apa pun aku tak tau. Ada sesetengah tu konon nak tunjuk rendah diri atau tak suka nak menunjuk-nunjuk tapi biarlah bertempat. Contoh ada setengah tu pakai pakaian selekeh semacam tapi kerap masuk bank pasal dia "bank in" duit beribu-ribu, ada tu sampai ratus ribu pun ada. "Bang takkan nak beli baju kurang daripada RM100 pun kedekut bang....". Tu bukan rendah diri lagi tapi dah macam tebiat. Bukan lagi tabiat. Heran aku. Ada tu yang sanggup tak keluarkan duit sampai barang untuk sendiri satu-satu dah nak luruh tapi masih sanggup pakai. Tu saja je nak memalukan negara konon kerajaan tak bukak peluang rakyat untuk tingkatkan diri sendiri. Contoh macam gambar yang aku attachkan kat bawah ni. Salah satu sikap rakyat Malaysia yang sengaja nak perkecilkan undang-undang dan nak menyusahkan orang lain kalau jadi apa-apa. Camni ke orang yang bangga pada negara sendiri. Esok dia salahkan kerajaan dan pihak berkuasa. Ceh... apa punya orang.

Sakit mata woi...

Ni kalau bersepai kat jalai siapa susah?...

Dah macam kena bom...


Ni kalau anta besi buruk laku ke?...

Sanggupnye dia...





Saturday, March 15, 2008

Sama tapi tak serupa

Hai... Ada juga artis kita ni yang sama macam artis barat. Tulah... Tapi rasanya artis kita lagi nampak manis bila dibandingkan ngan artis luar. Meh kita tengok... ada sama ka....