Aku, Angah dan Simon (Wakil dari P1 Sdn Bhd).
Brother and Brother
Tetamu yang hadir awal. Antaranya pihak media, wakil syarikat dan orang perseorangan.Masa mendaftar tu ada sedikit kekeliruan pasal nama kitaorang tak de dalam senarai. Panik jap. Tuhari kata di jemput khas, last-last nama tak de. Malu siot. So miss yang amik nama kitorang tu refer kitaorang kat some one yang incharge pasal registration. Incharge dia senyum tengok kitaorang pasal rupanya nama aku ngan Angah memang tak de kat situ pasal list nama kita orang ada kat list khas. Pergh... satu lagi kezutan ang dibuat. Aku dan angah ditempatkan kat 10 orang terawal pelanggan P1WIMAX. Muahahahaha... gelak besar aku ngan Angah. Meh kita gelak bersama.
Antara tangan yang menjadi mangsa proses pengecopan.
Lepas je register tangan kiri kitaorang kena cop ngan P1 WIMAX, kira tiketlah tu. Ceh macam masuk disco pulak rasanya. Cop pun coplah. Janji dapat masuk. Kitaorang ditempatkan di meja yang bernama Wangsa Melawati. Macam-macam nama meja ada. Titiwangsa ada, Bangsar ada, Cheras ada dan lain-lain lagi bersempena nama coverage WIMAX.
Angah, antara orang yang terawal mengoffer diri untuk diinterframekan.
Ceh... Ko pun nak bergambar ngan dia ke Angah?
Aku pun nak bergambar ngan diorang.
Jam dah 2.30 petang. Menteri masih dalam perjalanan dan masa tu dia dah dekat dah pun. So kitaorang pun diminta masuk ke dalam pasal acara dah nak bermula. Kitorang masuk. Pergh... memang grand siot. Susana kat dalam dah macam dalam ais. Ais pun tak grand macam kat sini. So aku masuk kat dalam sambil diiring oleh seorang P1 Customer Service Manager yang meng guide kitaorang ke meja yang bernama Wangsa Melawati. So korang tengoklah kat bawah ni suasana dalam ballroom tu. Gempak siot.
Layar besar sebagai skrin presentation yang mempamerkan segala pertunjukan P1 WIMAX.
Pentas yang berbentuk kompas.
Interframe lagi.
Aik... ko pun nak jugak.
Dah jumpa meja apa lagi kitaorang duduk dan tunggu acara majlis bermula. Sambil tunggu tu aku ngan Angah belasah M&M yang disediakan. Angah dengan lahapnya tengah menghabiskan secawan M&M tanpa segan dan silunya. Yelah belum makan tengaharilah katakan. Huhuhu... sian dia.
Angah telah menyorokkan cawan M&M yang telah dihabiskan isinya. Kat sini cuma tinggal cawan kopi je.
Masing-masing menunggu acara bermula.
Acara pun bermula dengan EMCEE pompuan yang boleh tahan jugak lawanya menyampaikan kata-kata aluan terhadap dif-dif kehormat serta para tetamu yang hadir. Lepas tu diikuti dengan ucapan CEO P1 Mr Micheal Lai yang ala-ala Academy Award kat stage tengah yang berbentu kompas. Fuh... kreatif diorang.
Emcee memulakan acara.
Mr Micheal Lai Memberi sepatah dua kata dalam keadaan ala-ala Academy Award.
Dato' Shaziman Abu Mansor memberi ucapan perasmian dan pelancaran.
Ucapara simbolik pelancaran yang sedang dijalankan.
Fuh... siap ada bunga apa lagi.
Video Conferencing bersama artis yang beada di Subang Jaya dan kakitangan di Johor Bahru.
Interview bersama pelanggan 10 yang pertama P1 WIMAX. Ceh tu Angah tu.
Hihihi... Aku sedang mengambil trophy bersama sijil perakuan dari Malaysia Guinness Book Of Record sebagai pelanggan pertama P1 WIMAX di Malaysia dan Asia. TQ Angah pasal sempat amik gambar Along.
Persembahan Magic bertukar baju.
Acara pertunjukan fesyen pakaian P1 WIMAX.
Gadis Laser dari Australia.
So jam dah menunjukkan pukul 4.45 petang dan majlis dah sampai ke penghujung. Lepas kitaorang mencekik apa yang dah dihidangkan kat meja, dan lepas segala pertunjukan selesai, aku dan Angah mula angkat kat. Bukan angkat kaki nak sila panggung erk. Blahlah. Kitaorang pun keluarlah dari Ballroom tu. Kat luar kitaorang telah dibekalkan dengan sebuah beg laptop yang boleh dikatakan lawa jugaklah. Orang bagi... hammek jelah. Rezeki. Hihihi....
Trophy yang aku terima. Ni Angah punya. Aku punya tak sempat nak amik gambar. Tapi camni jugaklah rupanya.
Beg Laptop yang kitaorang terima.
Oklah. Rasanya itu saja yang dapat aku ceritakan untuk hari ni. Dan untuk makluman semua P1 WIMAX ni aku rasa broadband yang terbaik pernah aku cuba dan kini aku sedang menggunakannya. So kalau korang rasa connection internet korang slow macam kura-kura seelok-eloknya bertuarlah kepada P1 WIMAX. Bukan nak promosi pasal aku bukan dapat apa pun tapi daripada korang bayar memahal tapi connection hancur baik korang ubah haluan. Nanti kalau korang dah cuba baru korang dapat rasakan. Bagi aku, aku dah cukup puas hati. Kalau nak suruh ku tukar tak payahlah. Internet aku dah cukup best. Korang punya? LU PIKIRLAH SENDIRI...
p/s : Sorry and TQ Angah pasal gua dah sedut semua gambar kat lu punya blog. Muahahaha... Lain kali kalau ada apa-apa promosi panggil gua. Nape? Lu sendiri tau. Kikikikiki.....
0 comments:
Post a Comment