Thursday, August 28, 2008

Coming Event

Takde apa yang menarik hari ni. Aku cuti dan duduk rumah sambil membuat kerja sampingan aku iaitu merepair laptop yang dihantar pada ku untuk diperbaiki. Hari ni pun kepala aku berdenyut dan penyakit lama aku datang balik. "Migrain". Ermm... apa yang boleh aku buat... tido jelah. Tapi tengahari aku mula merepair laptop yang ada kat aku ni.

Ohh... ada satu benda aku dah bubuh kat side tepi tu. Coming Event. Saja nak buat peringatan kekalau lupa hari jadi adik bongsu aku yang bakal tiba nanti. Aku dah pakat ngan 2 orang adik aku lagi, Angah dan Alang. Design, Alang buat. Memang creatif dia. Terima kasih Alang. Tapi sian kalau hari jadi kau nanti ko jugak yang kitaorang kena minta tolong pasal kitaorang tak pandai nak create benda camtu.

Sunday, August 24, 2008

PERTAPAANKU

aku nak kongsi sikit kat korang pasal tempat pertapaan aku. tempat aku bertapa ni tak delah best sangat tapi menjadi tempat yang amat menyeronok bagi aku pasal kat situ aku boleh dapat macam-macam ilmu serta banyak benda yang aku boleh buat. orang bertapa kat gunung, gua, tepi sungai, tepi laut ataupun kat belakang rumah mak jah jiran nabil raja lawak tu. tapi bagi aku cukuplah aku bertapa kat bilik kecik yang aku khaskan. dugaan aku sama macam orang lain bertapa. Kat gunung, gua, sungai, laut, dugaan dia dahsyat macam kena kacau hantu, binatang, hujan ngan panas. kalau bertapa kat belakang rumah mak jah pulak lagi best. kena maki, kena siram tak pun paling ganas kena baling sampah. tapi dugaan aku cuma bebelan isteri akulah pasal aku kalau dah masuk bilik ni sure sampai tak ingat nak makan. jenuh isteri aku panggil suruh makan, suruh tido pasal nak keje esok. kadang-kadang siap dia amik tilam ngan bantal teman aku kat bilik pertapaan aku ni. kira marahlah tu. well nak buat camne. sejak aku mula bertapa ni banyak benda yang aku belajar. kalau tak percaya cuba korang try. nak bertapa cam aku ni tak susah. cuma perlu :

bilik yang selesa untuk memulakan upacara pertapaan.

sebuah komputer (laptop pun boleh)

satu device broadband. nak cantik lagi pakai P1 WIMAX (ceh promote)

sebuah kipas (ada aircond lagi baik)

speaker

microphone + headset

webcam

card reader

pen + kertas

external hard drive @ pendrive

jadi rasanya sempurna sudah barang-barang untuk memulakan upacara pertapaan ni, jadi aku nak mulakan proses meditasi bersama PC aku yang boleh dikatakan power sikit. so lain kali aku bagi lagi tips untuk lain-lain pulak contoh macamana nak buat karipap untuk berbuka puasa, macamana nak buat air kosong bercampur gula dan kopi cap kapal dan juga bermacam lagi. so jangan ketinggalan membacablog aku ni. ciaoooouuuu....

Mari Merepair PC Di Musim Hujan

Sejuk giler hari ni. Rasa cam nak tido je. Hujan start kul 1.45 petang tadi buat aku malas nak buat apa-apa. Tulah rasa tetiba je aku teringat nak update blog aku ni yang rasanya dah lama tak aku update. Adik-adik aku bising pasal aku tak update blog aku ni. Bukan apa. Rasa macam tak de topik atau benda menarik nak aku bubuh kat sini. Huawaaarrgghhh... Ngantuk rasanya. Tido best ni, tapi tak leh pasal aku ada mission yang nak kena aku siapkan. Ada orang anto PC kat aku nak kena aku repair. Ada jugak yang boleh masyuk. Huhuhu... PC yang aku nak buat ni tuan dia cakap tak leh start. Macam-macam dia buat tapi tak leh start jugak. So tugas aku nak kena hidupkan PC dia tu. So let do it.

Gambar yang aku amik dari tingkap tempat pertapaan aku. Lebat jugak hujan.

Ni pulak gambar dari tingkap bilik peraduan aku. Basah. Aku rasa cam nak tido je lapak amik gambar ni. Sejuk. Tapi tak boleh pasal aku ada tugas khas.

Hahahaha... Nilah tugas yang menanti aku. Akan aku bedah siasat dia untuk mengetahui punca kerosakan sebenar.

CPU yang bakal dibaraikan oleh aku. Harap tak delah rosak teruk. Kalau teruk gile aku akan menasihatkan empunya CPU ni menguburinya ke dalam sungai. Muahahaha...

Inilah rupa CPU yang telah dibaraikan oleh aku. Ceh penuh habuk ngan sawang.

Tugas aku membaikpulih komputer kat atas telah pun berjaya disempurnakan dengan jayanya. Setelah dibedah siasat atau lebih dikenali sebagai "post mortem" didapati RAM dia dah kaput. Jadi setelah aku menukar RAM dari 256 kepada 512, jadi PC tu telah dengan ceria dan bahagianya menonjolkan imej yang diperlukan. So settle. Esok aku kena antolah PC ni kepada yang empunya.

p/s: Siapa ada masalah PC/Laptop boleh hubungi saya. Harga amat berpatutan.

Tuesday, August 19, 2008

Malaysia Guinness Book Of Record

Macam biasa hari ni aku nak cerita sikit tentang satu lagi hari yang bersejarah dalam hidup aku dimana hari ini aku telah mendapat pengikhtirafan negara dan tanpa segan silu akan ingin menyatakan bahawa nama aku telah bercatat di dalam "Malaysia Guinness Book Of Record" sebagai palanggan pertama dan pertama-tamanya daripada 10 orang yang pertama (Huh... tak hengat. Adik aku jatuh no. 2 sian dia. Dia yang introduce aku benda ni. Jangan marah Angah...). Pengikhtirafan aku tersebut telah disaksikan oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi iaitu YB Dato' Shaziman Abu Mansor sewaktu aku hadir dalam Hari Perasmian dan Pelancaran Product WIMAX pertama di Malaysia dan Asia amnya oleh syarikat P1 (Packet One) Sdn Bhd. Kelakar dan macam tak caya lak aku tersenarai. Nanti aku tunjukkan sijil tu. Muahahahah....

Aku mula keluar dari opis pukul 1.00 tengah hari setelah mendapat kebenaran daripada bos aku dan aku amik cuti setengah hari bagi menghadirkan diri ke majlis tersebut di atas jemputan khas daripada pihak P1 Sdn Bhd di Mandarin Oriental. Sampai je sana aku terus call Angah tanya dia kat mana. Rupanya dia dah pun sampai. So aku dan Angah mula melangkah masuk ke dalam Hotel tersebut menuju ke tingkat 1 Grand Ballroom.

Aku, Angah dan Simon (Wakil dari P1 Sdn Bhd).

Brother and Brother

Tetamu yang hadir awal. Antaranya pihak media, wakil syarikat dan orang perseorangan.

Kat situ aku tengok rupanya dah ramai orang sampai dan apa lagi aku dan Angah pun terus tercari-cari seseorang iaitu Mr Mike (orang P1)yang akan guide aku dan Angah semasa event ni berjalan. Nak buat camne. Event besar camni aku bukannya reti sangat nak bergaul dengan orang media, orang-orang besar dan orang-orang yang nak tunjuk besar. Har..har..har... Macam akulah tu kot. So buat selamba jelah. Buat macam dah biasa je. Angah aku tengok lebih selamba daripada aku. Dia dikira "Instant Celebrity" masa tu. Yelah dah terkenal (konon). Ceh terkenal kat orang-orang P1 jelah. Jangan dok perasaan erk Angah. So, sebelum tu kitaorang ke meja pendaftaran terlebih dahulu pasal nak masuk Grand Ballroom tu bukan senang-senang nak masuk cam tu je macam nak masuk toilet. Nak masuk toilet pun kena register dulu tau tak (Bayar 30senlah dululah).

Kaunter pendaftaran dan dapat cop kat tangan.

Masa mendaftar tu ada sedikit kekeliruan pasal nama kitaorang tak de dalam senarai. Panik jap. Tuhari kata di jemput khas, last-last nama tak de. Malu siot. So miss yang amik nama kitorang tu refer kitaorang kat some one yang incharge pasal registration. Incharge dia senyum tengok kitaorang pasal rupanya nama aku ngan Angah memang tak de kat situ pasal list nama kita orang ada kat list khas. Pergh... satu lagi kezutan ang dibuat. Aku dan angah ditempatkan kat 10 orang terawal pelanggan P1WIMAX. Muahahahaha... gelak besar aku ngan Angah. Meh kita gelak bersama.

Antara tangan yang menjadi mangsa proses pengecopan.

Lepas je register tangan kiri kitaorang kena cop ngan P1 WIMAX, kira tiketlah tu. Ceh macam masuk disco pulak rasanya. Cop pun coplah. Janji dapat masuk. Kitaorang ditempatkan di meja yang bernama Wangsa Melawati. Macam-macam nama meja ada. Titiwangsa ada, Bangsar ada, Cheras ada dan lain-lain lagi bersempena nama coverage WIMAX.

Pintu masuk Grand Ballroom, tempat acara berlangsung.

Lepas cop tangan aku ngan Angah lepak jap kat luar Ballroom pasal nak tunggu menteri Pasolla datang. Eh silap. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi datang baru leh masuk. Sambil-sambil tu aku sempat snap satu dua gambar aku ngan Angah sementara ada masa lagi. Memang amik gambar pasal dua dua dah pakat nak masukkan gambar dalam blog ni.

Aku, yang sedang menginterframekan diri di saat akhir.

Angah, antara orang yang terawal mengoffer diri untuk diinterframekan.

Gadis-gadis P1 WIMAX yang sudi bergambar.

Ceh... Ko pun nak bergambar ngan dia ke Angah?

Aku pun nak bergambar ngan diorang.

Jam dah 2.30 petang. Menteri masih dalam perjalanan dan masa tu dia dah dekat dah pun. So kitaorang pun diminta masuk ke dalam pasal acara dah nak bermula. Kitorang masuk. Pergh... memang grand siot. Susana kat dalam dah macam dalam ais. Ais pun tak grand macam kat sini. So aku masuk kat dalam sambil diiring oleh seorang P1 Customer Service Manager yang meng guide kitaorang ke meja yang bernama Wangsa Melawati. So korang tengoklah kat bawah ni suasana dalam ballroom tu. Gempak siot.

Layar besar sebagai skrin presentation yang mempamerkan segala pertunjukan P1 WIMAX.

Pentas yang berbentuk kompas.

Interframe lagi.

Aik... ko pun nak jugak.

Dah jumpa meja apa lagi kitaorang duduk dan tunggu acara majlis bermula. Sambil tunggu tu aku ngan Angah belasah M&M yang disediakan. Angah dengan lahapnya tengah menghabiskan secawan M&M tanpa segan dan silunya. Yelah belum makan tengaharilah katakan. Huhuhu... sian dia.

Angah telah menyorokkan cawan M&M yang telah dihabiskan isinya. Kat sini cuma tinggal cawan kopi je.

Masing-masing menunggu acara bermula.

Acara pun bermula dengan EMCEE pompuan yang boleh tahan jugak lawanya menyampaikan kata-kata aluan terhadap dif-dif kehormat serta para tetamu yang hadir. Lepas tu diikuti dengan ucapan CEO P1 Mr Micheal Lai yang ala-ala Academy Award kat stage tengah yang berbentu kompas. Fuh... kreatif diorang.

Emcee memulakan acara.

Mr Micheal Lai Memberi sepatah dua kata dalam keadaan ala-ala Academy Award.

Dato' Shaziman Abu Mansor memberi ucapan perasmian dan pelancaran.

Skrin Utama.

Pelancaran dimulakan.

Ucapara simbolik pelancaran yang sedang dijalankan.

Fuh... siap ada bunga apa lagi.

Video Conferencing bersama artis yang beada di Subang Jaya dan kakitangan di Johor Bahru.

Interview bersama pelanggan 10 yang pertama P1 WIMAX. Ceh tu Angah tu.

Hihihi... Aku sedang mengambil trophy bersama sijil perakuan dari Malaysia Guinness Book Of Record sebagai pelanggan pertama P1 WIMAX di Malaysia dan Asia. TQ Angah pasal sempat amik gambar Along.

Persembahan Magic bertukar baju.

Acara pertunjukan fesyen pakaian P1 WIMAX.

Gadis Laser dari Australia.

So jam dah menunjukkan pukul 4.45 petang dan majlis dah sampai ke penghujung. Lepas kitaorang mencekik apa yang dah dihidangkan kat meja, dan lepas segala pertunjukan selesai, aku dan Angah mula angkat kat. Bukan angkat kaki nak sila panggung erk. Blahlah. Kitaorang pun keluarlah dari Ballroom tu. Kat luar kitaorang telah dibekalkan dengan sebuah beg laptop yang boleh dikatakan lawa jugaklah. Orang bagi... hammek jelah. Rezeki. Hihihi....

Trophy yang aku terima. Ni Angah punya. Aku punya tak sempat nak amik gambar. Tapi camni jugaklah rupanya.

Beg Laptop yang kitaorang terima.


Oklah. Rasanya itu saja yang dapat aku ceritakan untuk hari ni. Dan untuk makluman semua P1 WIMAX ni aku rasa broadband yang terbaik pernah aku cuba dan kini aku sedang menggunakannya. So kalau korang rasa connection internet korang slow macam kura-kura seelok-eloknya bertuarlah kepada P1 WIMAX. Bukan nak promosi pasal aku bukan dapat apa pun tapi daripada korang bayar memahal tapi connection hancur baik korang ubah haluan. Nanti kalau korang dah cuba baru korang dapat rasakan. Bagi aku, aku dah cukup puas hati. Kalau nak suruh ku tukar tak payahlah. Internet aku dah cukup best. Korang punya? LU PIKIRLAH SENDIRI...

p/s : Sorry and TQ Angah pasal gua dah sedut semua gambar kat lu punya blog. Muahahaha... Lain kali kalau ada apa-apa promosi panggil gua. Nape? Lu sendiri tau. Kikikikiki.....

Thursday, August 7, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Ok. Hari ni aku nak cerita sikit pasal benda yang berlaku pada aku hari ni. Nak tau? Hari ni aku jadi famous jap pasal satu Malaysia tengok muka aku kat dalam paper. Dalam Utusan Malaysia, The Star, Nang Niang Siang Pau, Harian Metro ngan The Sun. Macam tak percaya aku boleh masuk dalam paper tu. Well nak buat camne. Dah rezeki. Muahahahaha...

Camni ceritanya. Aku ngan adik aku tuhari try jadi trial user untuk satu product broadband ni. P1 W1max. Masa tu aku nak balik kampung ngan isteri dan adik-adik untuk majlis pertunangan adik aku yang no 3 - Alang. So masa nak balik tu Angah ajak aku pegi Sentul Raya pasal dia dapat flyers P1 W1max kat umah dia. Register untuk free 2 minggu sebagai trial user. Benda free siapa tak nak. Aku pun meng"register"kan diri aku lepas Angah register. So nak dijadikan cerita, 3 hari lepas tu diorang tepon aku pasal nak hantar device atau erti kata yang senang diorang nak install benda tu. Tapi bukan install pun. Dia pas kat aku je. Pasal dia kata cucuk je benda tu kat PC. Memang senang. Plug in je kat network port kat belakang CPU tu. So aku trylah. Pergh... result dia selama 2 minggu aku pakai, memang laju gile. Syok melayari internet dan time aku nak update blog ni pun smooth giler. Lepas je 2 minggu tu aku dapat call daripada orang P1. Masa tu aku kat IPD. Tengah buat elaun anggota Sentul.

Masa dia call aku tu, aku ingat dia nak cakap pasal nak amik barang dia yang telah dipinjamkan pada aku. Rupanya dia tanya kat aku macamana dengan service yang diorang bagi. Aku cuma cakap cantik. Memang laju connection internet tu. So tak de masalah. Dia cakap lagi berminat tak nak mendaftar jadi pelanggan. So aku kata aku memang berminat pasal tak connection tak macam telco yang lain. So aku tanya dengan lebih detail camne nak subscribe? So dia ceritalah camtu camni. (Detail aku tak leh bagitau pasal dah agreement menyatakan aku takleh memecahkan rahsia sebagai trial user). So semuanya jelas dah pakej yang diberi pada aku pun cukup menarik sekali. So aku pun bersetuju untuk jadi pelanggan. Then satu benda yang mengejutkan aku dia cakap aku adalah orang pertama yang melanggan product dia. Macam mimpi lak aku. Aku cakap kat dia takkan berjuta orang kat Malaysia ni aku orang pertama. Dia kata... Yes you are the first P1 W1MAX subscriber. Hihihi... Gelak besar aku. Then dia cakap lepas ni dia nak call adik aku. La... Angah jadi orang kedua? Muahahaha. Pada hal dia yang register dulu. Luck aku.

So lepas tu dia kata nak jumpa aku. dalam 2 hari lagi. Dan masa dia jumpa aku masa tu kat opis. Satu lagi kejutan dia buat. Aku setuju nak jumpa. Aku ingat dia sorang je nak jumpa aku ngan Angah. Rupanya dia bawa semua team dia dari bos sampai Operation Manager dia. Kira-kira 7 orang semua. Siap diorang amik gambar aku. Gempak siot. Dan macam-macam lagi kejutan yang diaorang buat. Lepas tu datang umah aku buat penggambaran interview. Dan yang terbaru diorang jemput aku ke majlis Press Conference kat Mandarin Oriental Hotel. Jadi Instant Celebrity aku, adik aku ngan 5 lagi subscriber. Sepatutnya 10, lagi 3 tak dapat hadir. Dalam pada masa yang sama aku, Angah dan 8 lagi dijemput hadir untuk majlis pelancaran P1 W1MAX Broadband di Hotel yang sama pada 19hb.

So hari ni muka aku terpampang kat paper. So kalau tak percaya aku dah jadi duta product P1 W1MAX (konon), tengoklah kat bawah ni.


Gambar aku sedut dari blog adik-adik aku.

Gambar dalam Akhbar Utusan Malaysia mukasurat 8.

Aku (1 dari kiri) Angah (3 dari kiri) dan rakan langganan aku bersama CEO Packet 1 En Micheal Lai.

Gambar dalam Akhbar Harian Metro di ruangan IT@Metro

Gambar aku dalam Media Elektronik dan akhbar The Star.

So rasanya memang hari ini hari bersejarah aku pasal liputan akhbar yang meluas. Selain aku tak glamour macam artis ok apadapat jugak aku interframe muka aku. Muahahaha. Dulu ada gak muka aku masuk dalam surat khabar. Tapi tu dalam cerita pasal Tamat Latihan Sukarelawan Polis dan jugak pasal kes adik Nurin Jazlin ngan adik Sharlinie yang hilang tu. Jadi nanti kalau ada cerita yang lebih menarik pasal aku, aku tulis lagi.

p/s: P1 W1MAX. Cuba dulu baru tau.