Tuesday, July 22, 2008

Kuantan Lagi

Hari ni aku dapat berita daripada KPJ bahawa mereka memerlukan aku terlibat dalam bahagian teknikal untuk Medical Conference di Hotel Hyatt Di Kuantan. Seperti tahun lepas aku juga terlibat dalam conference seperti ini di Port Dickson. Medical Conference ni adalah salah satu persidangan yang mengumpulkan semua pakar perubatan dari semua hospital dalam KPJ Healthcare Berhad. So ramailah para doktor dalam segala kepakaran akan berkumpul sambil menyertai workshop yang dianjurkan. Aku cam biasa, kerja cuma memastikan slide presentation daripada orang kenamaan seperti Tan Sri Ali Hashim, Datin Paduka Siti Saadiah, Dato Dato yang terlibat serta para doktor berjalan lancar. Laying cable dan setup semua projector dan laptop adalah antara aset penting dalam menjayakan program ni. Aku akan berada disana selama 4 hari bermula 25 hingga 27 Julai. So nanti aku akan laporkan apa yang terjadi kat sana. Ok. Adios amigos...

0 comments: