Thursday, July 10, 2008

060708... Oklah tu...

Hari Ahad 6 Julai 2008 atau lebih cantik lagi kalau kita ambil sebagai angka 060708 adalah hari yang paling bersejarah bagi adik aku Nizam aka Alang. Bukan pasal adik aku ni dapat pergi buat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Gombak Setia atau bukannya pun pasal adik aku ni dapat pergi membeli belacan kat kedai Makcik Rogayah belakang rumah Pak Hassan Belimbing di Kampung Pinang Tumbuh Tak Jadi, tapi adik aku akan membuat ikatan. Buat ikatan buku sila atau Ikatan Sukarelawan tapi ikatan pertunangan dengan gadis pilihannya. So cantik tak tarikh tu? 060708. Cantik dah lah tu. So harap nanti diorang kahwin pun tarikh yang cantik. 090909 ke ... 070809 ke ...atau pun 111009. Kalau 090909 tak boleh pasal hari tu hari Rabu. Mana ada orang buat kenduri time orang keje. Siapa nak datang. Kalau 070809 lak hari Jumaat. Lagilah tak boleh. Nanti ramai yang tak gi solat Jumaat. Tak ke naya. Tebiat sungguh. Haa.. kalau 111009 boleh hari Ahad. Tapi masalah lah pulak pasal tu dah kira orang baru nak raya kot. Ceh... Tak pelah Alang. Janji ko kawin.

So kat sini aku malas nak tulis panjang-panjang nanti orang cakap aku ni macam iklan DiGi lak. Cakap panjang-panjang. Korang tengok jelah gambar yang aku attachkan kat bawah ni. Relax ok...

Kitaorang dalam perjalanan balik ke Ipoh dengan hati yang riang.

Adik jadi pilot hari ini pasal aku tak larat nak bawa kereta. ngantuk siot...

Angah tengah membuang saki baki benih aka taik hidung dengan megahnya.

Aku dan isteri aku sedang menikmati perasaan menjadi bos yang duduk dibelakang.

Berhenti seketika untuk menjamu selera di Hentian Rehat dan Rawat Rawang. Tu yang kat depan tu dah tak tahan dan sedang kelaparan tahan 13.

Dah sampai kat Simpang Empat Hutan Melintang Perak. Umah Pakcik akulah senang cerita. Kat sebelah Angah tu Pakcik Bakar selaku jurucakap kira belah lelakilah. Ko apahal Ngah? Alah utang 20 sen pun mau kecoh ke?

Belah kiri tu bapak aku En Marzuki bersama Pakcik aku iaitu Pakcik Takim. Entah apa yang diorang bincangkan pun aku tak tau. Ni kira last minute punya discussion lah kot. Hantam sajalah...

Bismillahirrohmannirrohim. Saja aku makan kerana Allah Taala. Ni dinamakan mendoa untuk makan dan doa untuk selamat semuanya. Memang selamat pun. Makanan tu yang selamat. Selamat habis pasal semua tengah kelaparan.

Ni kira kaum ibu lah ni. Makan lah apa tunggu lagi.

Nilah adik aku Nizam aka Alang yang bakal mendapat tunang kejap lagi. Muahahahaha....

Barang hantaran yang diarak. Rombongan terdiri daripada keluarga aku, keluarga Pakcik aku, jiran bapak aku dan aku sendiri. Keluarga Pakcik Hassan drebar tak ikut sekali. Eh... Pakcik Hassan tu siapa erk?...

Assalamualaikum tuan tanah. Kitaorang dah sampai. Tak nak pelawa masuk ke? Kami dah naik ni.

Huh.. Penuh gak barang hantaran yang kitaorang bawa ni. Ada lagi ke kat bawah tu? Bawak lah naik sekali.

Perbincangan diantara pihak lelaki dan pihak perempuan. Sah? Sah ke? Woi Pakcik kitaorang bukan bawa pengantinlah... nak sah..sah. Ni bertunang je. Sabo...

Ni mak aku. Senyum dia dapat bakal menantu. Mak sarung cincin tu dulu. Kejap lagi kita sambung borak lagi.

Sah... Dah jadi bakal menantu mak dah.

Kucupan daripada bakal ibu mertua.

Logo den ni ha... Solosai sumo. Ni time nak kumpul duit lak. Tak lamo laei doh...

Aik. Kakak pun nak interframe gak ke? Nilah anak aku. Norsyafiqa Syahira.

Barang hantaran dari pihak perempuan. Banyaknyerrr...

Mak aku, isteri aku, anak aku dan bakal adik ipar aku "SITI".

2 dara pinggitan, seorang bakal pengantin dah bakal ibu iaitu isteri akulah.

La... makan lagi. Buncit dibuatnya haa...

Merenung jauh kehadapan. Ko Angah bila lak nak kawin? Dah berjanggut dah tu...

Alang tengah di sarungkan cincin tanda dah jadi tunangan orang.

Nilah bakal bapak mertua Alang.

Pasangan yang baru ditunangkan.

Kedua ibubapa pihak lelaki dah perempuan.

Abah dan bakal besannya.

Mak dan bakal besannya.

Rombongan Peminangan.

Ceh... Angah mendapat cenderahati tanda langkah bendul. Cais...

Perghh... dapat talipinggang ngan wallet lagi. Seronotlah tu...

Sian mak aku. Nampak raut wajah keletihan dia. Tak pe mak we all sayang mak.

Buat adik aku "ANGAH" cepat-cepatlah cari calon isteri.

0 comments: