Tuesday, June 17, 2008

Go to KPJ Sport Carnival

Lama jugak aku tak update blog aku ni. Mungkin pasal kebizian aku terhadap kerja yang kalau korang nak tau minggu ni aku stress pasal server kat sini down pada hari sabtu tu hari. Ini disebabkan oleh siapa yang memandai tak bagitau nak cut off electric power kat sini. Langsung tak de preparation. At last dapat call tak leh masuk sistem. Kena aku hampir bermalam kat hospital ni pasal nak settlekan pasal server. Kena lak ada hardware kat server tak leh nak detect. Berangin aku. Well... akhirnya aku dan bos aku berjaya menyempurnakan misi meng"up"kan balik server dan sistem tu.

So ari ni aku buat preparation untuk ke "Karnival Sukan KPJ" yang akan berlangsung di Kuantan pada 18 hingga 22 Jun 2008 iaitu bermula pada hari Rabu ni (esoklah). So ari ni semua atlit Apsh menerima pakaian dan alatan yang disponser oleh pihak Falcon (nama kontinjen aku). Antara barangan yang diterima :

- Sepasang tracksuit berjenama JKing
- 3 helai t-shirt round neck berjenama JKing
- 2 helai t-shirt berkolar berjenama entah (esok dapat)
- Sepasang kasut sukan berjenama Line 7
- Topi baseball
- Beg kasut.
- 2 helai jersi (sponsor untuk player volleyball)
- sehelai seluar pendek
- Sehelai kemeja batik untuk diner (Kalau terpilih)

Huih.. Banyak tu yang diorang kasi. Tak henggat. Tapi biasalah. Main kenalah tip top. Jangan jadi macam tahun lepas dah 2 game dah terkeluar. Huh.. Tapi sebenarnya aku tengah pening gak ni pasal masa aku gi nanti camnelah isteri aku nanti. Siapalah nak amik antar dia. Walaupun dia dah bagitau dia akan tumpang member sebelah rumah kakak ipar aku. Tapi andai terlepas camnelah. Tau jelah... Isteri aku tu tengah mengandung 5 bulan. Sian lak aku. Tapi nak buat camne. So... Terpaksalah aku.

Aku harap tahun ni dapatlah aku medal kemenangan untuk kontinjen aku. Pasal training dah gila babas dah. cuma nak tunggu hasil dia je. Harap-haraplah menjadi semuanya tahun ni. So aku cau dulu. Nanti balik daripada Kuantan aku akan melaporkan peristiwa yang berlaku disana bersama cerita-cerita yang menarik. Babai....

Wednesday, June 11, 2008

Apa dah jadi pada aku?...

Hari yang paling meletihkan aku ari ni. Semalam Aku terkena penyakit yang aku sendiri tak tau puncanya. Dari kul 12 mlm sampai 5.30 pagi aku terkena muntah-muntah, cirit birit dan peluh sejuk. Aku berpeluh dari malah tak sampai badan aku dah macam baru lepas mandi. Muntah aku tak ingat. Sampai lembik badan aku. Isteri aku yang pada asalnya tengah mabuk-mabuk (biasalah orang mengandung) hilang mabuk dia tengok aku. Bayangkan dari kul 12 mlm sampai kul 5 pg aku keluar masuk toilet. Bendalir dalam badan aku pun macam dah kering rasanya. Perut memulas tak ingat. Tapi at last hilang jugak lepas aku jolok mulut aku bagi memudahkan keluar benda yang buat aku tak selesa dan mual.

Keletihan semalam masih terpalit kat dalam badan aku. Tak cukup tidur. Letih. Mana taknya. Semalam aku ada friendly match volleyball ngan player MINDEF. Main dekat 7 set. Gila babas aku main sampai boleh perah peluh. Mana tak nye. Kena main betul-betul. Minggu depan dah start game kat Kuantan. Dah minat kenalah terima.

Monday, June 9, 2008

Lagi-lagi kenduri...

Cuti minggu ni aku berada Felda Palong 5 Gemas Negeri Sembilan. Dah dekat sangat ngan rumah mertua aku. Kali ni aku sekali lagi menghadirkan diri dalam majlis perkahwinan adik member isteri aku. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Majlis diadakan cukup sederhana tapi meriah. Aku turut sibuk dalam persediaan majlis perkahwinan dia. Maklumlah. Adik aku ni anak yatim piatu tambahan pulak dia perempuan. Adik beradik dia pun semua perempuan. Kira tiada orang lelaki langsung. Bapak dia setahun lalu meninggal dunia. Pastu kira 3 bulan lepas mak dia pulak pergi. Memang sedia. Dia cukup rapat dengan aku sewaktu aku kerja kat Seremban dulu. Memang kira dah macam adik sendiri.

Aku cuba memotretkan majlis dia sebaik mungkin walaupun ada cameraman sendiri yang telah ditempah. Tapi aku cuba untuk ambil gambar sebaik mungkin. Tambahan pula aku cukup minat dalam bidang fotografi ni. Dan sekarang aku tengah berjinak-jinak dalam bidang ni. Walaupun kamera aku ni kira kamera murah dah aku sedang belajar untuk belajar teknik sudut. Nanti aku mungkin aku cuba untuk mempelajari ilmu ni secara serius. Dan aku cukup impikan untuk mendapatkan kamera yang high quality dan sememangnya khusus untuk photographer. Aku akan cuba capai impian aku.

Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang aku ambil masa majlis tersebut.




Aku sempat belasah 2 lagu kat sini. Hihihihi....

Friday, June 6, 2008

Naik lagi...

Aduh… Masak siot. Minyak naik. Beras naik Harga barang naik. Gaji camtu jugak. Camni nak naik basikal pun mahal nanti. Yelah mana tak nya. Naik basikal tiub dia pun sure naik nanti. Alasan transport. Biasalah. Harga minyak naik semua barang akan naik. Semua benda melibatkan minyak. Huh… Giler babas tul. Tapi nak buat camne. Harga minyak dunia pun dah cecah USD 120 setong. Masa harga minya mula naik RM 1.92 dulu harga setong pun baru USD 68. Mana tak nya oi… Tapi nak buat camne. Kalau takut minyak naik harga dan kita terasa tempiasnya kenalah kita cari alternative lain untuk transportation.

Petang ni aku kena balik Palong pasal kenduri sedara belah isteri aku. Nasib baik aku dah siap-siap isi minyak kelmarin kalau tak… lari lagi budget aku. Nak buat camne. Well nothing free and nothing cheep in this world. Water and air not free anymore. That entire thing should be pay. Apa yang tinggal? LU PIKIRLAH SENDIRI….

Kenduri lagi...

Minggu lepas aku gi kenduri kat Johor. Kenduri kat umah mak sedara belah isteri aku. So banyaklah benda yang lain daripada yang lain yang berlaku kat sana. Jadi aku nak kongsi sikit pengalaman aku kat sana. Kenduri tu kira meriah jugaklah. Mana taknya. Jemputan je dah cecah 3000 orang. Dah macam kenduri Tan Sri-Tan Sri ngan Datuk-Datuk. Pergh… Seriau aku. Tapi nasib baiklah kenduri tu ramai KENDARAT dia. Orang sana panggil KENDARAT, tapi kat sini orang panggil penanggah atau pelayan. Ramai tu.

So banyaklah acara yang diadakan. Masa rewang ada karaoke. Syok tu. So orang yang buat kerja masak memasak ni kira ada hiburanlah. Dan hari langsungnya pulak ada ghazal, tarian inang, silat, tarian zapin dan macam2 lagi. Kira meriah gile lah. Kira aku kesana pun terhiburlah. Hihihi…


Pelamin yang sedia menantin Pengantin.


Pengantin lelaki yang akan diarak ke pelamin.


Kompang dipalu tanda pengantin telah tiba.


"Bang bayar tol bang. Tak bayar kitaorang ketuk ngan senduk ni..."


"Ni singgit mana cukup. Tambahlah lagi..."


Pengantin dirai dengan acara pencak silat.


"Aik.. Nak masuk umah pun kena tol lagi?"


"Cukup tak makcik? Kalau tak cukup saya ada satu lori lagi kat luar sana".


"Ha.. Ni nak naik camtu je ke? Bayar dulu."


"Ok boleh naik. Nasib baik kasi besar punya tol."


Pengantin siap bersanding selepas melepasi tol.


Penari cilik bersiap sedia untuk persembahan.

Penari inang sedang membuat persembahan.


Majlis Santapan.


Majlis diserikan dengan tarian zahir johor oleh penari cilik.

Tarian yang di bawa oleh penari pelapis dari UTM Skudai.