Thursday, May 29, 2008

Sendiri Mau Ingatlah Beb

Semalam hari yang paling tension buat aku. Mana taknya. Semua budak-budak aku call pasal claim millage tak submit lagi. Camne aku nak submit. Sorang pun tak sign lagi claim tu. Tak kan aku nak menyembah dia orang minta sign. Dahl ah aku yang kena cari no SD. Kena pegi IPD lagi lagi. Dah tu nak kena isi form dia. Dahl ah minyak, minyak aku sendiri. Kertas aku, taip aku, ink printer aku, nak sign aku gak. Pastu nak anta aku jugak. Modal semua aku. Satu sen pun tak de yang nak menghulur. Bosan siot. Pastu tak lak nak marah-marah. Apa korang ingat aku ni kayu apa. Aku balas balik kat dia orang. Sukati korang lah. Tak dapat claim korang bukan aku.

Aku tak paham. Semua nak free. Abis aku yang tolong buat ni dapat apa? Aku sabar ada tahap beb. At last aku bagi kata dua. Siapa nak claim dating jumpa aku. Nasiblah. Aku bagi date line sampai ari ni. Petang kang aku nak bertolak ke Johor. Kena submit at lease 2hb. Adak e tak de aku anta je. Sendiri mau ingatlah. Hai.. fikir-fikir dah dekat 6 bulan claim Polis aku tak masuk. Submit claim tiap-tiap bulan aku buat dan aku anta. Tapi sampai sekarang tak masuk lagi. Entahlah. Bila nak masuk pun aku tak tau. Lembab betul diaorang buat kerja.

Anyway yang aku tau petang kang aku dah bertolak nak ke Johor. Aku pergi ngan isteri ngan anak aku. Esok aku start cuti sampai hari Isnin. Letih tu. Pastu minggu depan kena balik Gemas lak. Minggu satu lagi nya lak aku dah start game volleyball kat Kuantan. Erm... tak de rehat aku bulan ni. Hope ada satu masa yang aku boleh rehat puas-puas. Ni pun dah 2 minggu aku kerja direct tanpa cuti. Ahad pun kena kerja. Ni pegi Johor ni pun bukan berehat. Kasi penat badan. Maklumlah. Dah berkeluarga ni bila ada kenduri kenalah joint. Jangan jadi kera sumbang tak campur orang. Nanti apa lak kata orang kampung.

By the way aku tidak akan mengupdate blog aku ni sampai hari Isnin. Nanti balik dari Johor aku akan laporkan apa yang berlaku di sana. Jumpa lagi.

Wednesday, May 28, 2008

Kad Hari Bapa

Hari Bapa bakal tiba. Aku ngan adik beradik aku dan tak lupa isteri aku dah plan nak bagi kad ucapan “Selamat Hari Bapa”. Sepertimana ucapan yang telah kitaorang bagi pada mak tempohari masa sambutan “Hari Ibu”, kiraorang pun kena buat cam tu pada abah. Plan asal Angah nak beli kad dan aku tak nak Angah terkena macam tuhari jadi aku mengilhamkan idea supaya adik aku, Alang buat kad tu. Alang dah semestinya creative dalam pembikinan kad atau whatever yang relate ngan grafik atau design ni. Sesiapa yang nak buat kad kahwin ke.. greeting kad ke... kad bertunang ke... atau apa je yang sangkut paut pasal design printing ni kasi tau aku. Aku rekemen kat adik aku. Pasal harga ikut design yang di minta. Nak kawtim..kawtin ngan adik aku. Aku tak tau pasal harga. (Ceh promote siot)...

Well, semalam rupanya Alang dah siapkan kad tu dan dia dah pas kat Angah. Ni baru pagi ni aku dapat daripada Angah dan aku ngan isteri aku dah sign dan tulis apa yang patut pada kad “Hari Bapa” yang Alang buat. Cantik siot. Siap ada meaning lagi. Memang dalam maksud dia. Pergh... Buat Alang, thank you so much.

Now, kerja si Angah lak pas benda tu kat Adik. Adik aku ni lak kat Jerantut. Dia tak dapat turun untuk mencatatkan memori “Hari Bapa” pada kad di KL ni. So Angah kena pos lak kat dia. Aku tak nak sorang pun miss sign dan bagi kata-kata kat kat tu. Semua kena ada. Kira ni first time kitaorang wish “Hari Ibu dan Bapa” sama-sama. Dulu semua kira buat sendiri-sendiri. Kali ni semua bermuafakat nak bersatu sambut hari keramat tu. Buat Angah.. Thank you for remind us to get together.

Nanti kad tu dah sampai kat Adik, dan dia dah buat sama macam kitaorang buat, tugas dia lak kena hantar dan pos kad tu ke kampung. Tak de sorang pun boleh miss. Kalau nak miss biar miss semua. Tapi harap semua ok. Tahun ni tahun yang bermakna bagi aku pasal aku dapat rasakan aku ngan adik beradik aku dah mula bersatu. Aku rasa terlalu dekat ngan diorang. Dulu kitaorang ada je yang tak kena. Asal jumpa je mesti tak sefahaman. Ada je yang tak kena. Tapi sekarang semua dah berubah. Angah dah dapat kerja yang baik. Alang dah mula Berjaya dan tak lama lagi dah nak berumah tangga. Adik dah stabil ngan kerja kerajaan dan aku syukur dah mula hidup baru bersama isteri aku yang tercinta. Dan sekarang dia dah pun mengandung lebih kurang 3 bulan setengah. Happy siot. Well apa pun berkat usaha adik adik aku yang tak jemu nak menyatukan kitaorang semua aku amat berterima kasih. Buat adik yang jauh daripada kita orang ni thank you for your supporting and coming to visit us.

Aku... Apa sumbangan yang aku dah buat untuk kali ni. Rasa macam tak de je. Rasanya aku bagi idea je. Idea? Orang lain pun boleh bagi idea. Entahlah. Alang dah buat kad. Angah ke sana sini anta kad pada aku dan siap pos kad tu kat adik. Adik lak siap poskan ke kampung. Aku?.... sekadar cukupkan korum lak. Ceh. Buat adik-adik aku... Sorry pasal tak bagi apa-apa komitmen. Apa-apa pun aku bangga ngan adik-adik aku. Tanpa aku diorang boleh berdiri dengan sendirinya.


Kau melindungi kami


Air di cincang tak akan putus malah terus bertaut.

Tuesday, May 27, 2008

Aduh.. sakit tu...

Semalam aku terasa lutut aku sakit sangat. Aku dah alami sakit ini dah dekat 1 bulan. Mungkin pasal aku kerap main bola tampar. Kali ni sakit lutut aku dah meruncing sampai nak main bola tampar pun aku tak larat. Bukan sekadar nak melompat, nak kejar bola pun aku dah tak upaya. Aku kena buat sesuatu.

Aku nekad nak pergi jumpa doktor/MO kat tempat kerja aku. Lepas aku amik GL terus aku gi jumpa MO dan seperti biasa aku daftar kat A&E. Diorang buat checkup BP ngan amik temp aku. Pastu doktor/MO panggil aku dan aku terangkan masalah aku. Dia menulis surat sesuatu dan minta aku membuat X-Ray. Aku terus ke bilik X-Ray dah selepas mendapat keputusan X-Ray Dr/MO merujuk aku kepada dr pakar APSH Dr Ali Noor Ghani.

Dalam keputusan X-Ray tu di dapati tulang rawan aku makin menipis. Semasa berjumpa dengan Dr Ali Noor, dia menerangkan unsur-unsur yang menjadikan tulang rawan pada lutut semakin menipis disebabkan faktor-faktor keaktifan pergerakan pada lutut.

Dr Ali nasihatkan aku supaya mengambil ubat/vitamin dalam tiga bulan berterusan supaya dapat membina semula sel tulang rawan lutut aku ni. Sekiranya lepas Karnival Sukan KPJ selesai dan masalah aku still tak berubah atau makin teruk aku mungkin akan dimasukkan ke wad bagi mendapatkan suntikan dan rawatan susulan.

Arghhh... tension aku. Nak naik tangga pun seksa gile. Sakit dia memang tak ingat. Tapi semalam lepas makan ubat tu, kira dah kurang sikit sakit lutut aku ni. Harap oklah pasal aku still ada training petang ni. Lutut nak pakai lama beb. Kita tengok jelah nanti.

Friday, May 16, 2008

Bulan yang Memenatkan...

Hai... Rasanya dah lama sangat aku tak mengupdatekan blog aku ni. Maklumlah... aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ni. Aku terpaksa mengfreekan diri aku bagi menjalani latihan fizikal dan juga latihan bola tampar. Tu bagi hari-hari yang dah ditetapkan. Manakala pada hari-hari lain lak aku terpaksa mengcover hours/jam aku dalam perkhidmatan Sukarelawan Polis aku. Memang sibuk giler dan sesekali terasa badan aku terlalu kepenatan.

Bulan 6 ni bulan yang paling sibuk aku dan aku terpaksa keluar dari kawasan. Maklumlah bila dah berkahwin ni ada saja majlis yang terpaksa aku hadiri. Awal bulan dalam 30 sampai 2 hari bulan aku akan ke Johor bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteri aku. Kalau tak pergi nanti apa pulak kata diorang. Tambah pening lagi bila adik kesayangan aku bakal bertunang pada tarikh yang sama. Tapi nak buat camne. Tarikh tu aku dah mention kat orang tua aku andai kata nak buat majlis sebelum bulan 6 atau hujung bulan 6. Tup-tup pihak perempuan nak buat cepat. Aduh... camne aku nak ekjus? Pening. Tapi nasib baik kedua orang tua aku faham. Aku terpaksa pasal aku jadi orang penting. Kalau tak pergi.. ramai adik beradik isteri aku yang tak pegi. Takkan pasal aku sorang semua tak boleh pegi.

Kena seminggu lepas tu, saudara isteri aku kira anak angkat mak mertua aku nak kawin. Dah lak tu dia memang dah ketiadaan orang tua, so kira aku ni orang kuat dia. Camne? Kena pegi jugak. Huh..pek giler aku bulan depan. Dah tulah lepas tu minggu lepas kenduri tu aku kena ke Kuantan bagi temasya sukan tempat kerja aku. Aku mewakili sukan bola tampar. Seminggu aku kat Kuantan. Huh.... sure letih. Letih tak pe... Kopak poket aku.