To be a fantastic Moment
Berkumpul sambil menikmati sarapan pagi. Makan dulu takut nanti pengsan lak.
Perbincangan diantara ketua serta pengurus bagi setiap pasukan.
Pemain masih menunggu isyarat serta tanda-tanda pagar dewan futsal nak bukak.
Inilah tempat perlawanan Futsal diadakan.
Salah seorang daripada wakil pemain bagi pasukan daerah Sentul.
Antara pegawai dan penyelia yang hadir.
Pemain sedang bersiap sedia untuk bertarung.
Pasukan dari Daerah Dang Wangi.
Pasukan dari Daerah Brickfield.
Pasukan dari Daerah Putrajaya.
Pasukan aku dari Daerah Sentul.
Pebincangan daripada pihak pengadilan.
Wakil daripada IPK. Kopral/Sp Rosdi dan Inspektor/Sp Tuan Shuib.
Perlawanan diantara Putrajaya dan Brickfield.
Perlawanan diantara Brickfield dan Dang Wangi.
Menunggu keputusan dan penyampaian hadiah.
Wakil penganjur sedang bersiap sedia untuk penyampaian hadiah kepada pemenang.
Antara hadiah yang disediakan.
Tempat keempat.... Pasukan dari Daerah Dang Wangi.
Tempat Ketiga.... Pasukan dari Daerah Sentul.
Naib Johan.... Pasukan dari Daerah Purajaya.
Johan... Pasukan dari Daerah Brickfield.
Penyampaian cenderahati dari Insp/SP Tuan Shuib kepada Pengerusi Kelab Sukarelawan Polis Kontinjen Kuala Lumpur Ins/SP Tuan Jalal.
Jurugambar daripada 2 wakil iaitu IPK KL dan Wartawan Sinar.
Sesi bergambar untuk Harian Sinar.
Pemain dari Pasukan Daerah Sentul yang mendapat tempat ketiga. Team akulah tu.
Akhirnya aku berjaya juga mendapat medal walaupun hanya ditempat ketiga. Yahoo....
Kitaorang dalam perjalanan balik ke Ipoh dengan hati yang riang.
Adik jadi pilot hari ini pasal aku tak larat nak bawa kereta. ngantuk siot...
Angah tengah membuang saki baki benih aka taik hidung dengan megahnya.
Aku dan isteri aku sedang menikmati perasaan menjadi bos yang duduk dibelakang.
Berhenti seketika untuk menjamu selera di Hentian Rehat dan Rawat Rawang. Tu yang kat depan tu dah tak tahan dan sedang kelaparan tahan 13.
Dah sampai kat Simpang Empat Hutan Melintang Perak. Umah Pakcik akulah senang cerita. Kat sebelah Angah tu Pakcik Bakar selaku jurucakap kira belah lelakilah. Ko apahal Ngah? Alah utang 20 sen pun mau kecoh ke?
Belah kiri tu bapak aku En Marzuki bersama Pakcik aku iaitu Pakcik Takim. Entah apa yang diorang bincangkan pun aku tak tau. Ni kira last minute punya discussion lah kot. Hantam sajalah...
Bismillahirrohmannirrohim. Saja aku makan kerana Allah Taala. Ni dinamakan mendoa untuk makan dan doa untuk selamat semuanya. Memang selamat pun. Makanan tu yang selamat. Selamat habis pasal semua tengah kelaparan.
Ni kira kaum ibu lah ni. Makan lah apa tunggu lagi.
Nilah adik aku Nizam aka Alang yang bakal mendapat tunang kejap lagi. Muahahahaha....
Barang hantaran yang diarak. Rombongan terdiri daripada keluarga aku, keluarga Pakcik aku, jiran bapak aku dan aku sendiri. Keluarga Pakcik Hassan drebar tak ikut sekali. Eh... Pakcik Hassan tu siapa erk?...
Assalamualaikum tuan tanah. Kitaorang dah sampai. Tak nak pelawa masuk ke? Kami dah naik ni.
Huh.. Penuh gak barang hantaran yang kitaorang bawa ni. Ada lagi ke kat bawah tu? Bawak lah naik sekali.
Perbincangan diantara pihak lelaki dan pihak perempuan. Sah? Sah ke? Woi Pakcik kitaorang bukan bawa pengantinlah... nak sah..sah. Ni bertunang je. Sabo...
Ni mak aku. Senyum dia dapat bakal menantu. Mak sarung cincin tu dulu. Kejap lagi kita sambung borak lagi.
Sah... Dah jadi bakal menantu mak dah.
Kucupan daripada bakal ibu mertua.
Logo den ni ha... Solosai sumo. Ni time nak kumpul duit lak. Tak lamo laei doh...
Aik. Kakak pun nak interframe gak ke? Nilah anak aku. Norsyafiqa Syahira.
Barang hantaran dari pihak perempuan. Banyaknyerrr...
Mak aku, isteri aku, anak aku dan bakal adik ipar aku "SITI".
2 dara pinggitan, seorang bakal pengantin dah bakal ibu iaitu isteri akulah.
La... makan lagi. Buncit dibuatnya haa...
Merenung jauh kehadapan. Ko Angah bila lak nak kawin? Dah berjanggut dah tu...
Alang tengah di sarungkan cincin tanda dah jadi tunangan orang.
Nilah bakal bapak mertua Alang.
Pasangan yang baru ditunangkan.
Kedua ibubapa pihak lelaki dah perempuan.
Rombongan Peminangan.
Ceh... Angah mendapat cenderahati tanda langkah bendul. Cais...
Perghh... dapat talipinggang ngan wallet lagi. Seronotlah tu...
Sian mak aku. Nampak raut wajah keletihan dia. Tak pe mak we all sayang mak.
Buat adik aku "ANGAH" cepat-cepatlah cari calon isteri.