Saturday, February 6, 2010

Evo.. Police.

Maaf pasal post sebelum ni membosankan. Bukan apa aku terpaksa post semua gambar pasal CPR sebab budak-budak SP nam sangat tengok gambar. Minta aku hantar lah apa lah… Erm kim salam lah aku nak anto. Kalau nak mai amik sendiri. Tapi sian lak so aku post semua gambar kat sini dan senangn diorang nak tengok. I’m Sorry….

So.. kira lama gak aku nak post benda tu dan rasa aku memang korang pun dah bosan tengok gambar tu dan ijann (angah aku pun cam dah komplen kat sembang sebelah tu pasal gambar banyak sangat. Kira cam dah tak de ceritakan. Hahahah… Entahlah mungkin kot tak de cerita nak dikongsi. Nampak gambar kat atas? Hhihihi… kira lama gak aku teringin nak bawa keta tu dan akhirnya aku berjaya. Jangan salah faham.. Bukan pandu keta tu. Dapat naik jadilah. Bukan senang nak jadi pemandu Evo MPV Polis ni. Hanya orang yang telah ditauliahkan serta punya lesen khas polis dapat bawa keta ni. Ingat senang nak dapat lesen khas polis ni. Kira nak dapatkan lesen khas ni kena jalani ujian ketat. Kalau nak kata cam pelumba F!, kira lebih kuranglah. Tapi lebih macam nak amik lesen drift. Yelah kot… itu pun anggota yang ada lesen tu cakap. Bohong dia bohonglah aku… Kat dalam keta ni di lengkapi pelbagai kemudahan kepolisanlah. Tak payah lah aku nak cerita. Korang pun bukan tau. So buat-buat tau jelah. Tapi memang best keta ni. Kalau kena aku dibenarkan bawa…. aku terlebih dahulu kena tukar sit dia pasal tak muat kat aku. Huhuhuhu…..

0 comments: