Monday, March 8, 2010

Edisi Penat…

Lately ni aku terasa badan aku ni penat sangat. Siang keje malam keje. Kena hari biasa tu oklah gak siang keje malam keje 5 jam dari 7 sampai 11 malam. Tapi kalau kena ari Jumaat ngan Sabtu memang gile, tambah kalau hari Jumaat. Biasa kalau hari Jumaat ngan Sabtu aku keje lebih kurang 8 jam dan kadang-kadang sampai cecah 12 jam. Mula tugas dari pukul 7 malam membawa ke pukul 4 pagi, dan ada kalanya sampai 6 pagi. Ikut luck. Tapi yang tak tahan hari Jumaat malam Sabtu. Keje sama je tapi balik dari tugas tu aku balik umah mandi terus gi keje Hospital lak. Buat masa ni alhamdulillah kesihatan aku mengizinikan.

Ramai gak yang cakap kat aku buat apa keje teruk-teruk, siang keje malam keje. Nak kaya cepatlah tu… Well cakap lah apa yang korang nak cakap. Aku tau kenapa aku buat camtu. Tak payahlah nak cakap. Aku tau korang semua sayangkan aku, tapi kerana minat, minat yang mendalam disamping aku nak tambah pendapatan sikit. Maklumlah, tengah tahun ni aku dah nak masuk rumah baru. Banyak benda yang perlu aku settlekan. Mau makan ribu gak. Sekarang aku mampu pekakkan telinga dengar orang cakap pasal aku itu ini. Aku tau apa yang aku buat. Isteri aku pun dah mula bising pasal aku keje tak henti-henti. Tapi alhamdulillah dia faham sikit tapi yelah isteri mana nak terngok suami dia tak rehat-rehatkan. Tak pelah.. lagi pun tak lama lagi dalam bulan ni jugak aku dah kena balik kampung pasal nak uruskan hal kahwin adik aku. Kalau aku tak pulun sekarang nanti lagi teruk. Dah lah nak cuti. Apa-apa pun Lu pikirlah sendiri….